Monday, November 11, 2013

Isteriku Romantik




holllaaaa!!  wah!!! my blog bertukar wajah!! yeeeppiiiieee!! but sorry la.. tak segempak blog korang.. ape-ape pown.. welcome to my blog yang tak seberapa nie.. hehehehehe.. orite! actually entry pada hari ini bukan berkenaan dengan blog dah bertukar wajah.. but berkenaan dengan novel.. hah! hari nie zaty nak share ngan korang pasal satu novel.. nak kate novel baru beli tak lah kot.. dah berbulan berada di tangan and dah khatam pun membacanya.. kiranya.. novel nie baru gak kat pasaran.. and ramai gak tak tahu.. coz zaty telah pun buat kajian di kolej zaty.. di mana.. zaty telah interview si kaki novel di kolej tu.. and dia orang tak tahu pun pasal kewujudan novel nie.. so! meyh nak cite meyh.. 

before zaty cerita panjang lebar.. so better zaty share dengaan korang pasal sinopsis novel nie k.. lupa nak cakap.. novel nie di tulis oleh AZALEA ESHAL.. selamat membaca.. :) 

SINOPSIS ISTERIKU ROMANTIK..

lkatan kasih sayang yang utuh antara anak dan ayah kian terhapus sejak ayahnya mengahwini wanita lain. Hal ini membuatkan kehidupan Aisyah Nasuha teruji. Di mana dia mahu mencari kekuatan untuk berdiri semula? Dirinya tidak kuat. Namun dugaan tidak terus berhenti di situ. Dia terus diduga apabila ibunya yang disayangi menjadi tidak siuman selepas ayahnya berkahwin baru. Dia harus bersabar dengan segala yang berlaku. Pada masa sama, dia begitu menyukai seorang lelaki sejak zaman persekolahannya yang dipanggil, M. Kadang-kadang dia berfikir sendirian.Adakah ini cinta monyet yang sering orang katakan? Cinta monyet tidak akan kekal. Benarkah tidak akan jadi cinta sejati? Hati dan perasaan Aisyah Nasuha terus diduga. Muncul dua orang lelaki serentak dalam hidupnya, Mikail Islam dan Adi Putra. Aisyah Nasuha berubah selepas menjalani kehidupan sebagai seorang isteri. Semakin romantik selepas berkahwin. Tetapi siapakah lelaki yang bertuah itu?
"M, aku akan berkahwin tak lama lagi. Biarpun kita tidak bersatu dalam hayat ini, aku tetap akan ingat kau dalam doaku. Aku doakan kau turut bahagia dengan pilihan hatimu." - Aisyah Nasuha

"Berapa kali terima kasih la Aisyah ni? Masih tak tahu ke kasih Aisyah tu dah lama Adi approve." - Adi Putra

"Kenapa sekarang baru aku rasa gila bayang sedangkan masa Aisyah mengorat aku dulu, tak ada pulak berperasaan begini." - Mikail Islam


hah!! dah bace?? ape komen korang?? nak tahu seterusnya??? opsss!! belilah sendiri.. huhuhuhu.. kalau zaty cerita kang.. lingkuplah penulis novel ini.. heeehhe.. ape pown.. novel nie memang best!!! and pada pandangan zaty.. novel ini amat sesuai kepada bakal-bakal isteri or dah pun jadi isteri.. coz banyak nasihat dititipkan di dalam novel ini untuk dijadikan panduan kepada kita sebagai kaum hawa yang merupakan isteri kepada kaum adam.. so.. jangan lupa baca k.. sangat best.. selamat membaca... :)

orite semua! tha's all for this entry.. enjoy it.. wassalam.. 





Sunday, November 10, 2013

Love You Mr Arrogant


 
 
 
 
hye hye semua!! holla!! ape khabar??? sihat ta?? okey.. hari nie tak nak cakap banyak.. juz nak share something jek.. korang tengok tajuk entry and gambar mesti korang dah tahu kan.. jangan menjerit sudah.. hahahaha.. ya ya ya.. saya tahu cerita ini sangat popular sekarang nie.. walaupown dah habis pown pada hari khamis yang lepas.. still tercari-cari mana nak download cerita nie kan..

okey! nak dijadikan cerita.. hari u adalah update status kat FB kate nak download cerita nie.. ramai gak dok tanya.. mane nak download.. so today.. i will share it with u.. rasenye ade yang dah tahu nie.. actually zaty download cerita nie dekat laman web PEREKA CERITA.. so.. kalau rajin.. korang boleh lah follow dia okey.. nie link dia :- http://www.perekacerita.com/ .. 

okey.. bagi sesiapa yang nak download drama love you mr arrogant nie.. korang boleh terus pergi ke:- http://www.perekacerita.com/2013/09/love-you-mr-arrogant.html# .. kalau korang nak senang.. pergilah kat zippy share.. kalau nak laju.. pegi la kat hotfile.. but tu kena bayar la.. hehhee.. orite! enjoy watching k.. bagi sesiapa yang tak pernah tengok.. try la tengok.. novel dia best, cerita lagi best.. just dia ubah sikit-sikit jek... kredit to Pereka Cerita.. thankz coz sudi share pasal download nie.. tak de la terlepas nak tengok walaupown stay kat hostel.. thankz ya!

orite! that's all for today.. hope u enjoy it.. daaa~

Saturday, November 2, 2013

Friendship????

 
 
hye hye hye.. orite! untuk entry kali ini.. zaty nak cakap pasal FRIENDSHIP.. what is mean by friendship??? of coz korang cakap persahabatan kan?? hahahaha.. so ape pulak makne persahabatan?? ape yang korang paham mengenai persahabatan?? adakah persahabatan ini ada dalam kehidupan korang?? and adakah persahabatan ini semua orang boleh rasa??? pelbagaikan persoalan boleh diungkit dari perkataan "PERSAHABATAN" or "FRIENDSHIP" ini.. so ape pendapat korang???

bagi zaty.. persahabatan merupakan satu benda yang unik and sudah semestinya semua orang memiliki persahabatan.. persahabatan bukan membawa erti berkawan.. bagi zaty.. persahabatan adalah sesuatu perkara yang dilakukan dengan ikhlas.. hah!! mesti korang pening kan???  okey! macam nie.. memang semua orang boleh berkawan.. alaaa.. contoh macam kat facebook la.. kawan korang kan beribu-beraban.. but semua korang kenal ke?? kenal ke hati budi dia orang?? so.. that's the point!!

persahabatan merupakan perkara yang korang mengenali mereka, mengenali hati budi mereka, faham mereka dan sebagainya.. itulah yang dinamakan persahabatan.. sahabat juga mencerminkan diri kita.. macam mane sahabat kita, macam tu lah diri kita.. coz kalau kita pandai memilih kawan.. insyaAllah kita akan dapat kawan yang baik tingkah lakunya.. so, kalau dapat kawan yang baik tingkah lakunya.. of coz la perangai kita  pown baik gak kan.. coz kawan kita mengajar atau mengajak kita.. kajian menunjukkan bahawa.. majoriti remaja lebih mengikut rentak and cakap kawan berbanding ibu bapa.. so sebagai remaja, kita mestilah bijak memilih rakan kita...

kita nak cari kawan, bukan nak cari musuh.. so bijaklah dalam memilih kawan.. kalau kita dapat kawan yang tidak sekepala.. kawan tak sampai sebulan.. pas tu jadi musuh.. ape cerita bro??? so, konklusinya.. bijaklah dalam memilih kawan agar kita tak terjerumus dalam perkara yang negatif.. :)

orite! that's all untuk entry kali ini.. hope u all enjoy k.. have a nice day! wassalam..

p/s: apa kata korang pulak kongsi erti persahabatan dengan zaty.. boleh share kat comment.. kita berkongsi idea..

Friday, November 1, 2013

I'm Back!

 
 
hye hye hye semua! holla!!!! cik nur izzati kembali!! wah!! dah dekat 5 bulan blog zaty nie sepi menyepi.. dah bersawang, berhabuk sume benda ada.. kesian blog zaty yea.. okey! now i'm back!! insyaAllah pelbagai cerita yang lebih baik akan dikongsikan dengan anda semua.. so rajin-rajinlah singgah yea...

hari ini ialah hari deepavali.. so tak nak lepaskan peluang nak ucapkan HAPPY DEEPAVALI kat jiran zaty, rakan-rakan semua and tak lupa para pembaca and bloggers sekelian.. orite! sampai sini jek.. tunggu cerita-cerita menarik yang seterusnya ok.. have a nice day! :)