Sunday, March 4, 2012

Taare Zameen Par



hye hye hye!! hello semua!! wah!! dah lamekan zaty tidak meng-update blog?? sorry la sayang.. busy sikit.. hee! okey! kite jangan banyak cakap, banyak soal.. kite terus kepada tajuk entry kita pada hari ini.. TAARE ZAMEEN PAR yang bermaksud "Like Stars On Earth" .. so paham-paham la kan?? hee! okey! actually nie tajuk sebuah filem HINDUSTAN.. filem nie dah dua kali zaty tengok kat tv and siap beli DVD dah.. but nielah satu-satunya filem yang zaty akan nangis berulang kali walaupown dah tengok banyak kali.. coz cerita dia sangat-sangat best!!! and menjadi pengajaran dalam kehidupan kita.. :)


okey semua! ini ialah cover untuk filem nie.. lawa kan?? and zaty tertatik giler ngan satu ayat kat cover nie.. " EVERY CHILD IS SPECIAL"..


Taare Zameen Par sebuah cerita arahan dan terbitan hero filem ini jugak, AAMIR KHAN.. selain itu, penerbit filem ini ialah AMOLE GUPTE & RAM MADHVANI.. filem ini mengisahkan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang bernama ISHAAN AWASTHI (lakonan DARSHELL SAFARY) yang tersangat istimewa.. dia tidak tahu menulis and membaca but dia sangat pandai melukis.. lukisan dia yang sangat abstrak dan melalui lukisannya banyak menyampaikan pelbagai pesanan.. but kedua ibu bapanya tidak memahami nilai yang ade padanya.. ibu dia tade la kisah sangat ngan dia yang tak reti emmbaca begitu jugak ngan abangnya,, but ayah dia tu sangat garang.. dia selalu kena marah and pukul ngan ayah dia.. kesian dia... selain ayahnya, guru-guru dia pown menganngap dia nie seorang yang bodoh, pemalas dan hanya tahu bermain sahaja..


pada suatu hari, oleh kerana tidak tahan dengan hinaan masyarakat and guru-guru tentang Ishaan, ayahnya telah menghantar Ishaan ke sekolah asrama.. wah!! part nielah yang paling sedih giler tau.. time dia berpisah ngan ibunya.. bayangkan.. zaty time umur 13 tahun nak masuk asrama melalak 24 jam.. dia yang baru 9 tahun nak masuk asrama... mestilah sedih giler kan?? dia jadi takut di hantar ke sekolah tersebut... oleh itu, dia jadi mogok dah hanya tahu mengalamun saje... sampailah seorang cikgu yang menggantikan cikgu pendidikan seninya, iaitu cikgu Ram Shankar Nikumbh ( lakonan Amir Khan).. cikgu ram telah mengubah segalanya dalam hidup Ishan.. cikgu ram juga telah menyedarkan semua guru-guru dan kedua ibu bapa Ishan tentang keistimewaan yang ada pada diri Ishan.. cikgu Ram juga telah mendidik Ishan sehinggalah dia mencapai kejayaan dalam pelajarannya. and lebih membanggakan semua orang.. dia telah menjadi JUARA dalam PERTANDINGAN MELUKIS ANTARA GURU DAN PELAJAR di sekolah asramanya yang dianjurkan oleh cikgu Ram sendiri.. memang membanggakan... lukisan dia sangat abstrak..


oeky semua! sampai sini jek zaty cerita.. and zaty ade langkah-langkah nie.. lau nak tahu selebihnya, korang tengoklah sendiri yea.. okey semua!! jom kita terjah kat bawah.. :)


okey! ini ialah pengarah and producer filem ini.. dan jugak.. hero filem ini.. AMIR KHAN.. :)


alalala.. comelnye! hah!! nielah dia DARSHEEL SAFARY yang memegang watak ISHAAN AWASTHI.. comelkan?? budak nie berlakon memang real lah! melalui watak ini gak.. kalau tak silap zaty, dia telah memenangi beberapa anugerah dalam beberapa majlis penganugerahan yang gilang gemilang di India.. dasyat kan dia?? memang dasyat!!

hah!! ini ialah lukisan yang di lukis oleh cikgu Ram ( but tak tau la betul ke ta dia lukis.. hee! ) time pertandingan melukis tu.. hah!! lawakan??


okey semua!!! sampai sini jek coretan zaty pada hari ini.. sape-sape yang minat hindi tu, rugi lau tak tengok cite nie.. best giler!!! so.. enjoy yourself.. bye!! salam.. :)