Tuesday, December 27, 2011

Vanilla Coklat

Assalamualaikum semua!!

hye hye hye! what's up semua!! korang sihat ta?? macam mane hari korang hari ini?? baik-baik jek kan?? hee~ orite! semua mesti tahu mengenai tajuk entry zati pada hari ini.. VANILLA COKLAT.. okey! zati rase semua sedia maklum mengenai ini.. kepada sesiapa yang tak tahu.. meyh sini zati nak cerita.. actually ini merupakan tajuk drama yang menggantikan drama CINTA ELYSA di dalam slot Lestary di TV3 pada setiap hari SELASA jam 9 malam sehingga 10 malam.. actually zati amat teruja tengok cerita nie coz cerita ini sangat-sangat la sweet, comel, funny and romantik.. rugi tau kalau sape tak tengok.. boleyh pecah perut tebgok gelgat dia orang nie tau! drama ini dibintangi oleh pelakon-pelakon yang cukup hebat membawakan watak masing-masing iaitu IZARA AISYAH sebagai ZARA, AIMAN HAKIM RIDZA (MENTOR) sebagai AAMIR, IQRAM DINZLY sebagai KAMAL dan NABILA DALY sebagai LIYANA. actually ramai lagi, but zati sebut yang pelakon utama aje.. hehee.. ape pown nak cakap.. cerita nie sangat-sangat best and kalau korang semua bace dia punya sinopsis pown best.. mesti korang rase tak sabar nak tengok episod seterusnya.. ape lagi semua.. jom check it ou! :)




SINOPSIS DRAMA VANILLA COKLAT

Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara dan Aamir yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Zara dan Aamir saling membenci antara satu sama lain dan sering berselisih faham memandangkan Zara merupakan pelajar cemerlang manakala Aamir pula dilabel seorang kaki perempuan.

Liana, rakan sekelas Zara menganggap Aamir adalah hak miliknya. Liana sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka seperti bercinta. Liana juga seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Berlainan dengan Zara yang mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, jejaka yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.

Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka. Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.

Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.

Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.

Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.

Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?



HAH!! best ta?? best kan?? mesti korang tak sabar-sabar nak tau ape akan jadikan? begitu jugak zati.. memang tak sabar-sabar tau.. hee~


oppsssss!!! kejap-kejap! sapekah jejaka handsome lagi cute nie?? auwww!!! handsome and comel kan?? i loikkeee!! ngee! huhuhuhu.. hah! nie la AIMAN HAKIM RIDZA.. pelakon cerita drama nie la.. yang memainkan watak AAMIR.. dalam watak nie.. dia memainkan watak seorang lelaki yang kaki perempuan dan suke bertukar-tukar perempuan.. and dia gak suke cari nahas dengan ZARA.. hahaa.. memang kelakar.. so sweet! :)


orite guys! sampai sini je la coretan zati pada hari ini.. hope korang semua enjoy membace k.. and jangan lupa tengok ceirta nie.. best tau! wassalam.. :)



Thursday, December 22, 2011

Rindu Saat-Saat Itu.. :)

Assalamualaikum semua!!!

hye hye hye!! orite semua!! ini merupakan entry zati yang kedua.. actually malas nak tulis sebenarnya.. but tadi saje usha-usha youtube tau.. and tekan-tekan la PROGRAM ANAK ANGKAT SATU MALAYSIA.. u know what!!!! zati terjumpe lak klip video di bawah nie!! wah!! sangat-sangat merindui saat-saat ini..


yezza!! memori ngan dia orang semua nie memang la sangat-sangat best!! and kite dapat berkenalan ngan ramai pelajar dari seluruh Malaysia.. and kite gak dapat mencari pengalaman menjadi anak angkat kepada insan-insan yang tersohor dan banyak menyumbangkan dalam sektor KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.. memang sangat-sangat best!! tengok!! berape kali zati cakap sangat-sangat best.. ini kerana.. program ini sangat best!! rase nak pergi lagi jek.. banyak kenangan ngan dia orang semua.. memang tak dapat dilupakan sampai bile-bile.. korang memang the best!! especially.. Group From Selatan.. :)





hah!! selamat melayan!! :)

wassalam..

Tuesday, December 20, 2011

Sebelum Menutup Mata

Assalamualaikum semua!



hye! hye! hye! what's up semua!! ape khabar korang?? ade sihat ta?? lau tak sihat makan ubat k..almaklumlah.. sekolahkan nak dekat start.. zati kan dah habis sekolah.. agagagagga.. hee~ macam aku sorang jek dah habis sekolah.. padehal kat luar tu ramai lagi yang dah habis sekolah.. huhui! >_<


okey! sudah dari terus merepek! kite teruskan topik kite pada hari ini yang bertajuk SEBELUM MENUTUP MATA.. wah!! apekah ini?? actually nie tajuk lagu sebenarnye.. lagu sebuah band dari seberang, TAXI BAND.. lagu dia amat-amat and tersangat-sangat lah BEST!!! rugi tau lau sape-sape tak dengar.. and daripada lagu nie jugaklah.. bile zati hayati baik-baik keindahan lagunya dan juga ayat-ayat dia yang telah membuat hati zati tersentuh..




lagu ini juga telah menyedarkan zati terfikir beberapa perkara.. kita nie hanyalah manusia biasa.. yang tidak boleh meramal ape yang akan terjadi ke atas kita.. dan kita juga tidak boleh meramal bilakah kita bakal menutup mata buat selama-lamanya.. so.. zati tidak tahu bila zati bakal menutup mata.. sama ade esok, lusa, minggu depan atau pun 10 tahun akan datang.. zati tak tahu.. so sebelum zati menutup mata.. zati nak balas jasa-jasa parents zati yang banyak berkorban.. yang always menunaikan ape yang zati mahukan.. zati juga nak capai cita-cita zati yang banyak nie.. zati nak jadi cikgu, nak jadi doktor or nak jadi lawyer.. hah!! banyak ta?? jangan terkejut.. hee~ and the most yang mungkin takkan tercapai but ia juga merupakan salah satu impian zati.. iaitu ingin menjadi PERDANA MENTERI WANITA PERTAMA MALAYSIA.. hah!! janganlah ketawa! ini juz cita-cita saje.. so tak kisahla kan.. and sape kate perempua tak leyh jadi.. my idol, TUN DR MAHATHIR ade akap.. "TAK MUNGKIN SATU HARI NANTI WANITA BOLAH MENJADI PEMIMPIN NEGARA KITA".. hah!! tengok!! wah!! dia tetap idola zati sampai bila-bila selain my mom and my dad also NABI MUHAMMAD SAW.. Tun Dr Mahathir juga antara idola yang zati contohi.. and zati teringin nak jumpe dia satu hari nanti.. hehe.. okey la semua.. dah panjang lebar nie.. jom kite hayati lirik lagu SEBELUM MENUTUP MATA.. CHECK IT OUT!








Sampai Menutup Mata

jauh sudah kaki melangkah
tersesat aku hilang tanpa arah
ku yang selalu terjatuh dan terjatuh
dalam dosa dan semua keangkuhanku
kini ku sadar dan semua keangkuhanku
sebelum aku menutup waktuku

reff:
Tuhan ku mohon ampuni aku
izinkan ku bertaubat
tunjukkan aku jalan lurusMu
‘tuk menggapai surgaMu

ku sadar ku hanya manusia
oh hambaMu yang berlumur dosa
ku yang selalu terjatuh dan terjatuh
dalam dosa dan semua keangkuhanku
dan jawab pintaku, aku bersujud padaMu
memohon ridho serta ampunanMu

repeat reff

(Tuhan ku mohon ampuni aku
izinkan ku bertaubat)

repeat reff

‘tuk menggapai surgaMu
‘tuk menggapai surgaMu


wassalam..

Monday, December 19, 2011

Dia Terus Block Aku???

Assalamualaikum semua!!

hye! hye! hye! what's up guys! hahahaha.. macam biase.. ayat sewel saya diwaktu pagi yang hening and mendung ini sambil menikmati aiskrim malaysia buatan sendiri.. cewaaaahhhh!!! dramatisnye ayat aku.. boleyh wat novel nie.. wee~


hah!! mesti korang pelikkan?? ye la.. zati punye tajuk entry macam sedih.. but ayat tak sedih pown.. hahaha.. terbaik la! actually tajuk jek yang sedih but isi kandungannye tak sedih pown.. huhuhuhu.. okey! untuk tak banyak cakap and cerita.. meyh sini saya nak cite sikit.. korang ingat ta tajuk entry zati yang bertajuk MENGAPA MESTI DIA BERUBAH??.. hah!! ingat ta?? siapa yang always ikuti mesti dia ingat.. huhuhuhu..


actually.. after zati tulis cerita pasal dia.. dia terus BLOCK zati.. OMG!! so sad!! hahahaa.. tak la! tak sedih langsung.. orang macam dia.. yang BERLAGAK tu.. tidak patut kita kenangkan lagi.. biarlah dia dengan DUNIA GLAMOUR dia tu.. entah sampai bile entah dunia dia tu berkekalan.. ape yang zati nak cakap.. semoga always berkekalan k.. aminnn! :)


zati akan sentiasa tolong dia bile dia mintak tolong.. zati tak pernah nak mintak balasan atas ape yang zati tolong dia.. tapi.. zati tak suke.. bile dia boleyh pura-pura tak kenal zati.. padehal.. kami sangat rapat dulu.. kepada dia.. zati doakan dia always bahagia.. aminn..



adakah saya macam ini???? siapa tahu?? owh! tidak!! jawapannye bukan macam nie.. saya tidak sedih langsung ape yang dia wat kat saya.. :) but saya akan..

-

-

-


saya akan happy!! coz awak buat saya mcam nie.. saya takkan sedih!! sayakan kuat.. and happy go lucky person.. semoga akak always happy yea kak.. :)

wassalam...


Sunday, December 18, 2011

Did I Miss You??

Assalamualaikum semua!!

hye hye hye!! what's up?? biase la.. pembuka bicara zati.. huhuhuhu.. hah!! ini boleh dikatakan my second entry for today.. walau pun ramai yang online hari ini and ramai yang hantar im kat zati.. but sorry semua.. zati tade mood nak balas.. nak tau ta kenapa?? coz zati ngah tunggu someone on9.. huhuhuhu.. hah?? sape?? biarlah rahsia.. zati ngan dia tak de ape-ape k.. kami just kawan biasa jek.. zati suke borak-borak ngan dia.. coz dia blur jek.. hah!! yang tu yang buat zati suke share-share benda dengan dia.. lagi pown.. zati suke style dia.. hahahah.. but tak de la sampai "JATUH CINTA".. huhuhuhu..


but entah la korang zati pown tak tau ape yang telah terjadi ke atas diri zati.. arghh!! tension2!! kenapalah aku tunggu kau?? entah-entah kau dah berpunya kowt.. hmm.. entah la.. aiyoyooyooyo.. nasib baik saya sudah abes SPM la.. kalau tak mesti saya teringatkan awak.. hahaha.. kelakar-kelakar..



hmm.. memang perkara ini sangat-sangat memeningkan zati.. korang pown mesti pening an?? hahaha.. yezza!! memang pening.. coz zati pown tak paham ape yang zati rase sekarang nie.. haisshh~ entah la.. hanya allah saje yang tahu.. semoga zati dapat jawapannya.. amin..


wassalam~

Adik Mia Sara nak Masuk Sekolah??

Assalamualaikum semua!!


hye hye hye!! what's up bebeyh! ngee!! suke sangat la zati nie mengarut an.. huhuhuhu.. actually hari ini bosan giler!! tak tahu nape.. tengok fb pown rase bosan.. ish2.. ape la yang patut aku lakukan sekarang.. so.. tade keje.. gi la belek-belek surat khabar semalam.. zati tertarik dengan satu story nie.. story pasal adik MIA SARA.. auw!! sangat menarik tertarik hatiku ini.. huhuhuhu.. adik mia sara kite nie.. tahun depan nak masuk DARJAH 1.. wah!! so cute la sayang!!!


orite! korang semua tahu ta name sebenar adik mia sara nie.. name dia ialah MIA SARA NASUHA BINTI MOHD RIDHUAN... lahir pade 30 SEPTEMBER 20o5.. mule menceburi bidang dunia lakonan and modelling sejak di awal usia 2 tahun lagi.. wah!! giler hebatkan dia?? baru dua tahun dah jadi model and pelakon la.. antara cerita-cerita adik mia sara yang zati selalu ikut ialah ADAMAYA, CUAK, and ZOO THE SERIES.. huhuhu.. emmang tak boleyh nak miss la cerita-cerite nie.. memang TERBAIK!!! huhuhu..





ape pown.. tu adik mia sara.. jangan takut-takut yea nak gi sekolah.. tak de benda nak ditakutkan selain CIKGU YANG GARANG.. hahahaa.. tade la adik mia oii.. cikgu-cikgu semuanya baik tau.. ape pown.. adik mia kena dengar cakap papa adik tau.. kan nak jadi doktor haiwan.. so kena la pegi sekolah.. and belajar rajin-rajin.. biar dapat jadi DOKTOR HAIWAN.. so ape pown.. chaiyok adik mia!! all the best..



wassalam~

Thursday, December 15, 2011

Kenapa Aku Bencikan Kau??



Assalamualaikum semua!

hye hye hye ! morning semua!!! wah!! pagi-pagi zati dah mule menulis dalam blog nie.. haisshh! actually zati agak bengang pasal kejadian malam tadi.. hmm!! I NOT A "TUNGGUL KAYU" k!!! dia pikir zati nie ape?? tunggul kayu ke nak tunggu dia nak dekat satu jam.. haisshh!! rase geram pown ade.. jujur zati katekan kat semua.. kami memang tak ade ape-ape.. juz "KAWAN BIASA" jek.. but dulu dia tak macam nie tau! boleyh dikatakan.. emmang share semua masalah and cerita ngan dia la.. macam-macam la zati share.. dia seolah-olah pendengar semua masalah zati.. and dia gak banyak beri zati nasihat.. memang la agak sayangkan dia dulu.. lau boleyh tanak hilangkan dia la.. hee~ sayang sebagai seorang kawan k.. or sebagai seorang "ABANG".. hee~ oppssss!! jangan salah anggap k.. :)


hmm!! and now.. ingin zati katakan.. yang zati dah BENCI kat dia.. zati pown tak tau kenapa zati sangat-sangat benci kat dia.. tapi.. dalam mase yang same.. minta dia pujok zati.. eceh!! mengada la pulak.. zati pown tak tau.. kawan-kawan zati ramai kate.. yang zati mudah sayang orang, but susah nak benci orang.. tapi.. tak tahu la kenapa ngan dia.. zati rase benci ngan dia.. benci sangat-sangat.. walaupun.. dulu zati amat menyayangi diri dia.. hhmmmmm!! entahlah.. zati pown tak tahu ape nak cakap lagi.. dengan keadaannya yang buat donno jek.. wat zati rase terlampau sakit hati.. sakit sangat-sangat! hmm.. ape yang zati nak cakap.. I WANT MY OLD FRIEND BACK!.. hmm.. tanpa disedari.. malam tadi.. zati rase sedih sangat-sangat sampai rase memang nak nangis.. but tahan jek la.. sabar je.. hmm.. kenapa ekh dia wat zati amcam nie??? kenapa?? kenapa?? hmm.. zati pown tak tahu kenapa.. hanya Allah jek tau..


sorry.. zati tahu text nie membosankan you all semua.. but serius zati tak tahan nak pendam lagi.. but kate rakan-rakan fb melalui ape yang diaorang bace kat status zati.. better luahkan.. and zati amik kepututsan tok luahkan dalam blog.. hmm.. hope zati tak benci dia sangat-sangat.. coz zati still sayangkan dia.. Ya Allah.. berikanlah aku kekuatan.. aminn.. wassalam.. :)

Tuesday, December 13, 2011

Special For Kak Yuna

Assalamualaikum semua!!

hye hye hye! what's up?? orite!! CIK NUR IZZATiI dah mula nak menulis nie.. so sila berikan tepukan yang amat gemuruh.. hahhaha.. sengal jek ayat aku hari ini.. actually agak kebosanan yang melampau pada petang nie.. so pergi la dengar lagu-lagu kat youtube sambil meng-ONLINE.. hee~ sedang syok dengar-dengar lagu tu.. zati pi la dengar lagu KAK YUNA.. auww!! bile didengar baik-baik kan.. sememangnye.. lirik lagu yang kak yuna wat memang TERBAIK la!!! huhuhuhu! i loikkeee!! :)


YUNALIS MAT ZARA'AI atau lebih dikenali sebagai YUNA.. berusia 25 tahun dan lahir pada 14 November 1986 di Alor Star, Kedah. kak yuna juga memegang IJAZAH UNDANG-UNDANG.. auww!! jangan main-main tau.. boleyh jadi lawyer nie.. huhuhuhuhu.. orite!! ini je yang zati tau pasal kak yuna nie.. but if kak yuna bace lah entry yang zati wat untuk dia nie.. zati nak kak yuna tau.. yang zati nak sangat-sangat jumpe kak yuna tau! teringin giler.. hehhee..



auww!! dia sentiasa wat zati tak pernh jemu minat kat dia.. :)




kak yuna memang TERBAIKK!! I Love you soo much kak yuna!! :)

wassalam..



Monday, December 12, 2011

Mengapa Mesti Dia Berubah?

Assalamualaikum..

hye hye hye semua!! okey.. actually post zati kali nie agak sedih sikit la.. bukan korang yang akan sedih.. but zati sendiri yang menulis dalam keadaan sedih la gak.. korang.. korang pernah rase ta.. macam mane perasaanye bile kawan korang yang dulu bbaik ngan korang.. and korang banyak tolong dia orang.. tup tup tup! bile dia orang dah famous.. dia orang tinggalkan korang.. and wat macam tak kenal jek kat korang.. ape perasaan korang?? sedih ta?


actually benda nie dah lame dah terjadi.. but zati simpan jek.. wat tak tau jek.. but serius da malas nak simpan lagi.. wat sakit hati jek.. yang wat zati macam nie sebenarnye bukan kawan zati.. but senior zati.. dia Form 5, zati Form 3.. ish! memang susah nak cakap.. kami memang rapat time sekolah dulu.. dia pengawas, and zati pown pengawas.. and kami gak dalam satu group yang sama.. memang selalu la dok borak-borak.. usik2.. share semua benda yang kami tau.. memang tak boleyh lupe time tu.. dia memang sangat-sangat baik tau! but segalanye berubah.. bile dia dapat jadi cover majalah.. ingat lagi.. time dia dapat jadi cover majalah.. beria-ria dia suruh zati promote majalah tersebut.. yup! memang zati promote la.. sampai sanggup beli 3 buah majalah and promote kat dalam blog sekali.. but.. dia langsung tak hargai zati.. malah dia wat macam tak kenal jek kat zati.. sampaikan kawan zati kate zati nie "bodoh" pi ikut cakap dia.. hmm.. ape la nasib..


kalau dia baca la ape yang zati tulis nie.. hope dia paham ape yang zati lalui nie.. but ape kejadah dia nak lawat blog buruk zati nie an.. dianye lagi lawa.. zati mintak maaf.. zati bukan nak ungkit.. but zati kesal coz dilakukan sebegini rupa.. bile nak mintak tolong baru la dia baik.. bile dah senang.. wat tak kenal jek.. hmm.. tape la.. zati tak pernah bencikan dia.. zati tetap anggap dia senior zati yang zati sayangi.. hope dia always happy and succes.. wassalam..

I Love You!!



Assalamualaikum...


hye hye hye semua!!! selamat malam!! buat ape tu?? dah makan?? hahahaa.. banyak tanye la pulak.. hee~ actually!! malam nie zati nak share something ngan korang semua.. tadi baru sahaje practice main gitar lagu I LOVE YOU by NAJWA LATIF.. lagu dia sangat-sangat best.. sampai zati sanggup practice main gitar lagu nie.. nak nyanyi khas untuk someone.. wah!! siapakah dia?? biarlah rahsia.. dah siap nanti akan zati upload an khas tok tontonan my sayang-sayang semua.




orite! kat bawah nie zati letakkan sekali klip video najwa latif and lirik lagu nie sekali.. bile korang hayatinye betul-betul.. korang pown akan setuju ape yang zati cakapkan tau.. lagu dia best sangat-sangat!! terbaik la adik Najwa nie.. lagu dia semuanye TERBAIK!!! .. jom dengar-dengarkan yea.. :)








Lirik Lagu I Love You – Najwa Latif


Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita,
Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata.


Mungkin aku .. mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku .. mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu.


I’m sorry but I love you,
I’m sorry if I miss you,
Even if I can’t have you,
You know I’ll always be there for you.


Mungkin kita tak bersama di takdir-Nya,
Tak mengapa asal kau bahagia,


Biar aku .. mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku .. mencintaimu dalam diam atau pun bisu,


I’m sorry but I love you,
I’m sorry if I miss you,
Even if I can’t have you,
You know I’ll always be there for you.


I’m sorry but I love you ..





hah!! best ta??? selamat menghayatinye.. good nite semua!! salam.. :)

Sunday, December 11, 2011

Saya Jadi Cikgu Tadika! OMG!

Assalamualaikum..

hye hye hye hye!!! what's up semua?? sihat ta?? hope korang semua sihat.. haishh!! bosangg giler dok eumah tau!! tak tau nak wat pe.. ish2.. dulu time nak amik spm dulu.. punye la tak sabar nak merdeka.. now!! kite yang tak sabar nak belajar semula.. huhuhuhu.. to all my adik2 yang masih bersekolah tu.. jangan siakan waktu anda.. nanti korang jadi macam kak zati ko nie.. kebosanan,, yang dia tau.. dok lenggang kat kampung jek.. ish2.. hah!! korang semua mesti tertanya-tanya kan? ape sebenarnye disebalik tajuk entry zati pade hari ini.. orite! jom check it out..


orite!! actually now tengah mencari keje.. tibe-tibe time dinner ngan family hari tu.. tanye la kat ibu zati.. same ade boleh ta lau nak jadi cikgu tadika sementara.. ibu zati kate "Great! nanti ibu tanye cikgu Tina.. dia nak tak pakai cikgu lagi... ".. pas tu balik dari dinner ibu tanya la.. OMG!! zati.. ternyata zati dapat gak jadi cikgu!! hahaa.. but sementara jek.. okey la tu kan.. hee~ actually agak tak sabar gak la nak tunggu bulan satu nanti.. macam mane la agaknye yea.. hee~

eii!! macam mane la agaknye yea.. hee!!! ayoyoyoyo!! CIK ZATI oii!! anda baru jek jadi cikgu tadika sambilan.. bukannye cikgu betol pown.. but serius zati excited tau!! hehehe.. akhirnye cita-cita zati tercapai gak.. walaupown juz jadi cikgu sementara.. but tetap happy.. hope budak-budak tak banyak kerenah.. hehee..

okey la! nanti sambung lagi.. bye semua.. doakan zati k.. wassalam~