Monday, November 11, 2013

Isteriku Romantik




holllaaaa!!  wah!!! my blog bertukar wajah!! yeeeppiiiieee!! but sorry la.. tak segempak blog korang.. ape-ape pown.. welcome to my blog yang tak seberapa nie.. hehehehehe.. orite! actually entry pada hari ini bukan berkenaan dengan blog dah bertukar wajah.. but berkenaan dengan novel.. hah! hari nie zaty nak share ngan korang pasal satu novel.. nak kate novel baru beli tak lah kot.. dah berbulan berada di tangan and dah khatam pun membacanya.. kiranya.. novel nie baru gak kat pasaran.. and ramai gak tak tahu.. coz zaty telah pun buat kajian di kolej zaty.. di mana.. zaty telah interview si kaki novel di kolej tu.. and dia orang tak tahu pun pasal kewujudan novel nie.. so! meyh nak cite meyh.. 

before zaty cerita panjang lebar.. so better zaty share dengaan korang pasal sinopsis novel nie k.. lupa nak cakap.. novel nie di tulis oleh AZALEA ESHAL.. selamat membaca.. :) 

SINOPSIS ISTERIKU ROMANTIK..

lkatan kasih sayang yang utuh antara anak dan ayah kian terhapus sejak ayahnya mengahwini wanita lain. Hal ini membuatkan kehidupan Aisyah Nasuha teruji. Di mana dia mahu mencari kekuatan untuk berdiri semula? Dirinya tidak kuat. Namun dugaan tidak terus berhenti di situ. Dia terus diduga apabila ibunya yang disayangi menjadi tidak siuman selepas ayahnya berkahwin baru. Dia harus bersabar dengan segala yang berlaku. Pada masa sama, dia begitu menyukai seorang lelaki sejak zaman persekolahannya yang dipanggil, M. Kadang-kadang dia berfikir sendirian.Adakah ini cinta monyet yang sering orang katakan? Cinta monyet tidak akan kekal. Benarkah tidak akan jadi cinta sejati? Hati dan perasaan Aisyah Nasuha terus diduga. Muncul dua orang lelaki serentak dalam hidupnya, Mikail Islam dan Adi Putra. Aisyah Nasuha berubah selepas menjalani kehidupan sebagai seorang isteri. Semakin romantik selepas berkahwin. Tetapi siapakah lelaki yang bertuah itu?
"M, aku akan berkahwin tak lama lagi. Biarpun kita tidak bersatu dalam hayat ini, aku tetap akan ingat kau dalam doaku. Aku doakan kau turut bahagia dengan pilihan hatimu." - Aisyah Nasuha

"Berapa kali terima kasih la Aisyah ni? Masih tak tahu ke kasih Aisyah tu dah lama Adi approve." - Adi Putra

"Kenapa sekarang baru aku rasa gila bayang sedangkan masa Aisyah mengorat aku dulu, tak ada pulak berperasaan begini." - Mikail Islam


hah!! dah bace?? ape komen korang?? nak tahu seterusnya??? opsss!! belilah sendiri.. huhuhuhu.. kalau zaty cerita kang.. lingkuplah penulis novel ini.. heeehhe.. ape pown.. novel nie memang best!!! and pada pandangan zaty.. novel ini amat sesuai kepada bakal-bakal isteri or dah pun jadi isteri.. coz banyak nasihat dititipkan di dalam novel ini untuk dijadikan panduan kepada kita sebagai kaum hawa yang merupakan isteri kepada kaum adam.. so.. jangan lupa baca k.. sangat best.. selamat membaca... :)

orite semua! tha's all for this entry.. enjoy it.. wassalam..