Monday, August 30, 2010

Jerawat!

salam..
hell0w mell0w..
0key.. ary nie zatie nak k0ngsi ngan anda satu tips tentang JERAWAT..
hehehe..
ramai tanya zatie.. ape petua zatie.. ape rahsia zatie.. apa pr0duk zatie pakai.. mahal ke pr0duk uh.. perghh.. pelbagai pers0alan yang mereka tanya..
actually zatie un tak tau kenapa and mengapa zatie tade jerawat kat muka..
ALHAMDULLILLAH.. dah Allah bagi cam tu kan.. heheee..
zatie tak pakai ape-ape pr0duk un.. zatie juz pakai pr0duk SHURAH jek..
tak mahal p0wn kan dibandingkan dengan LOREAL sume tu kan..
produk biase jek..
yang penting kita kena pandai jaga muka kita..
jangan campurkan tuala lap badan untuk lap muka..
zatie asing-asingkan.. heehe..
0key.. untuk pengetahuan semua pembaca-pembaca zatie..
zatie k0ngsikan dengan anda satu inf0 yang zatie dapat nie..
hope info yang zatie kongsikan ini dapat membantu anda mengurangkan jerawat di muka..
^_^
selamat membaca.. ^_^




Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.

Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.

Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.

Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.

Punca jerawat.

•Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an.
•Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
•Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
•Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
•Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
•Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.

Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.

•Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.
•Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
•Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
•Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
•Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
•Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
•Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
•Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
•Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
•Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
•Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
•Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.
Rawatan Untuk Jerawat.

•Liang yang tersumbat harus dibuka.

Ini boleh dilakukan menggunakan produk jerawat yang membuang lapisan atas kulit seperti asid glycolic (alpha hydroxy acid-AHA, poly hydroxy acid-PHA), asid salisilik, benzoyl peroxide atau retinoic acid dalam bentuk cream, lotion atau cecair. Selain menghilangkan jerawat baru, penggunaan berterusan boleh juga menghilangkan parut jerawat.


•Mengurangkan jangkitan bakteria.

Menggunakan ubat antibiotik "oral" seperti tetracycline, erythromycin boleh dimulakan jika rawatan awal untuk jerawat tidak berkesan. Antibiotik dalam bentuk krim seperti clindamycin dan lain-lain boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat yang baru jika tidak mahu menggunakan ubat antibiotik "oral".


•Mengurangkan aktiviti kelenjar minyak.

Ia boleh juga dilakukan untuk merawat jerawat. Ubat yang biasa digunakan adalah seperti estrogen dan isotretinoin.

.....................................................

okey.. sampai sini saje.. hope info-info yang zatie share ngan anda semua dapat membantu anda mengurangkan jerawat..

selamat mencuba.. ^_^

salam..

daa~

Sweet 2 Months

salam..
hell0w mell0w..
kalau tadi zatie share inf0-inf0 ngan anda..
but kali nie..
zatie mau share kebahagiaan zatie dengan anda semua..
w0key..
tanggal 30 JUN 2010..
zatie telah menerima sese0rang yang baru dalam hidup zatie..
sese0rang yang zatie tak pernah jangka akan menjadi sebahagian dalam hidup zatie..
ingat lagi.. perkenalan kami sudah agak lama.. tetapi kami hanyalah sekadar teman biasa yang suka bertengkar dah bergaduh setiap masa..
huhuhu.. s0 funny kalau ingat time kami kawan-kawan dulu..
memang funny bile bace semula k0men-k0men and mesej-mesej dia dulu..
tak pernahnya kata baik..
asyik nak bergaduh jek keje..
ade je yang tak kena..
dia nie dulu sungguh la kurang gula betul la mamat nie..
tak pernahnye nak cakap baik ngan p0mpuan...
pastu suka mengutuk lak tu..
adumayai... memang dia nie always sakitkan jiwa zatie la..
bile cakap sakit jiwa jek.. dia kate..
"sakit jiwa?? dah makan ubat ke?? ke nak 0ji hantar ke h0spital??"..
sengalkan ayat dia.. dulu time kwn2 dulu zatie panggil dia 0JI..
yang bermaksud pak cik lam bahase jepun.. huhuhuhu..
but satu hari ade insiden berlaku..
yang membuatkan zatie meminta putus kawan c0z terlampau kecewa and sedih..
bukan sebab zatie suke kat mamat nie..
but sebab adalah masalah sikit..
tak yah la zatie ceritakan ekh..
pastu.. zatie mula rasa kehilangan se0rang teman yang menceriakan zatie..
memang rasa kehilangan betul..
zatie pun tak tau kenapa..
dia nie dah la suke menyakitkan hati 0rang..
but zatie rase enj0y berkawan ngan dia..
sebabnya.. dia suke menasihati zatie dalam semua aspek..
dia nie baik sebenarnya.. huhuhuhu..
and lepas kejadian itu..
zatie cuba mencari dia balik and mem0h0n maaf..
and kami baik semula..
and tidak lama tu..
dia mule mengatakan hajat dia..
pada mulanya zatie tak terima and kata nanti dulu..
c0z time tu zatie memang tak nak fikir lagi and lagi pun.. zatie baru je putus ngan ex zatie..
s0 zatie memang tak bersedia..but teng0k keikhlasan dia yang tak jemu-jemu tanya jawapan zatie..
akhirnya.. tanggal 30 JUN 2010..
zatie menerimanya..
sejak hari itu.. timbul kebahagiaan yang berlimpah-limpah kat zatie..
alahamdulillah.. dia sememangnya se0rang lelaki yang zatie idamkan selama ini..
dia membimbing zatie.. dia r0mantik.. memberikan sepenuh kasih sayangnya kat zatie..
thankz sayang.. i really appreciate it..
walaupun kami baru 2 bulan sahaja.. but zatie rase dah 2 tahun.. huhuhuhu..
sempena 2 bulan kami bersama.. zatie ciptakan sebuah...
ntah la..
tak tau nak panggil apa..
selamat membaca.. ^_^
:- Ahmad Luthfi Haji Mokhtar
myspace telah menghubungkan 2 insan
dulu hanya sahabat di antara kita
sahabat suka duka, sahabat bergaduh
tiada ikatan pertalian istimewa tercipta di antara kita
kita hanya tidak lebih, hanya sekadar "kawan biasa"
ku masih ingat, sangat kau yang agak menyakitkan itu
yang tersangat menyakitkan hati..
tetapi.. setiap kata-katamu itu menceriakan hariku
kerna ia begitu menghiburkan aku..
dulu tiada perasaan yang tercipta antara kita..
tapi kini..
bunga-bunga cinta telah tersemai di dalam hati kita..
ikatan cinta murni kita..
ku amat bahagia bersamu kasih..
dikau banyak menjadi inspirasi dalam hidupku..
kau banyak melakukan apa sahaja kemahuanku..
ku amat menghargai setiap perkara yang kau lakukan..
andai takdirku pergi dulu..
carilah penggantiku..
tetapi pahatlah diriku dalam hatimu yang murni itu..
dan ingatlah.. sampai akhir hayatu..
aku akan terus berada disampingmu..
menjadi permaisuri di hatimu..
ingatlah bahawa..
aku amat menyayangi dirimu..
AHMAD LUTHFI..
special t0k si dia..
k.. salam..
^_^

Sejarah Ainul Mardhiah

Assalamualaikum..
yezza!! kali nie zatie nak share ngan pembaca-pembaca bl0g zatie tentang BIDADARI YANG PALING CANTIK..
iaitu AINUL MARDHIAH..
hahaa.. zatie un tak tau kenapa sejak akhir-akhir nie..
zatie suke share ngan anda semua tentang ratu-ratu syahadah nie..
zatie un tak tau kenapa..
but zatie menjadikan mereka semua ini sebagai id0la zatie..
zatie menjadikan mereka id0la untuk mejadi se0rang muslimah yang berpegang teguh dan berpegang kuat pada agama Islam..
insyaAllah.. zatie b0leh lakukan.. AMIN..
and biarlah zatie bagi tahu anda semua..
abhawa.. semua cerita-cerita ini bukanlah rekaan zatie semata-mata.. but zatie dapat dari sumber-sumber tertentu dan zatie ingin berk0ngsi dengan anda semua supaya kita dapat berk0ngsi info-info dan pengetahuan bersama-sama..
betul tak??
heheehe..
tuk kisah hidup bidadari syurga ini..

so.. selamat mebaca.. ^_^


Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah......Ainul Mardhiah bermula disini

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat
untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin
sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar
(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama.... Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang
berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak
pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia
bertanya andakah Ainul Mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata
...akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW... tapisekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada Nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal
sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....


:- Lagu Ainul Mardhiah by UNIC.. ^_^



Lirik by: UNIC (Ainul Mardhiah)

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Ooh! Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih

Dihati lelaki bernama kekasih

w0key.. sampai sini je.. selamat membaca..

hope anda terhibur.. ^_^

bye.. salam..