Friday, December 28, 2012

Iftar Jama'ie Bersama Mereka..

 
 
Hye hye hye hye semua!!! hellow mellow! wah!! dah lame giler tak update blog nie.. kesian kau blog.. sorry k.. now agak busy sikit almaklumlah.. semester 2 dah start.. and pejam celik, pejam celik.. UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER tak lama agy.. owh gosh!! see?? hidup di Matrikulasi memerlukan kita PEKA pada MASA.. actually hidup di matrik tak susah asalkan kita boleh pick up dangan cepat and tahu menguruskan masa.. hidup di matrik akan jadi fun tau..

orite! orite! orite! kita sambung kepada tajuk ENTRY kita pada hari ini.. iaitu IFTAR JAMA'IE BERSAMA MEREKA.. pada hari Isnin yang lepas bersamaan 24 Disember 2012.. zaty and seluruh budak aras zaty pergi join berbuka puasa di surau.. sanga best! gempak! and have fun with them.. besssstttt~ so jom tengok antara gambar-gambar yang di ambil.. :)





with Syahirah Ibrahim a.k.a Penyanyi Blok
 


 
mereka yang funny! :)

 
juadah kami.. alhamdulillah.. :)
 
 
that's all!! hope u guys enjoy it! nanti lau ade mase update lagi.. take care ya.. and doakan zaty.. salam.. :)
 

Wednesday, November 21, 2012

Jika Aku Jatuh Cinta

 
 
hye hye hye semua!! zaty kembali!!! okey now.. zaty nak share something dengan anda.. iaitu doa.. doa ape?? doa " JIKA AKU JATUH CINTA".. hah!! sedapkan tajuk dia.. sesuai untuk siapa-siapa yang ingin mencari pasangan hidup.. amalkanlah doa ini.. and sesiapa yang tengah HANGAT bercinta pown seboleh-bolehnya amalkan doa ini agar kita tidak MENCINTAI dan MENYAYANGI seseorang itu lebih kita menyintai dan menyayangi Allah.. benda nie pown menjadi pengajaran untuk zaty..
 
actually doa nie zaty dengar dari budak aras zaty.. hari tu dok gatai-gatai nak bluetooth lagu, terdengarlak doa nie.. terus hati zaty terpaut pada yang melafazkannya.. and JUJUR zaty katakan.. yang zaty MENANGIS apabila mendengarnya.. Ya Allah.. betapa hinanya hambamu ini mengabaikan kau.. menyintai dan menyayangi seorang manusia lebih dari aku menyintai dan menyayangi dirimu Ya Allah.. korang pown mesti pernah melakukan perkara yang sama kan?? so marilah sama-sama kita mengubah kesalahan yang telah kita lakukan.. so zaty nak bagi korang dengarlah suara INSAN yang telah membuat zaty menangis dengan apa yang dikatakan and zaty gak akan sertakan DOAnya sekali.. so korang bolehlah menghayati dan memahami apa yang diperkatakan yea.. so.. Let's Check It Out! :)
 
 

 

Ya Allah, Jika Aku Cinta Dia..

 
Bismillahirrohmanirrohim.......
Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..
 
Ya Muhaimin
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu
agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu...
 
Ya Rabbana
 jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..
 
Ya Rabbul Izzati
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu...
 
Ya Allah
 jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..
 
Ya Allah
jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu...
 
Ya Allah
jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
 jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu
 
Amin Amin Ya Robbal'alamin....
 
 

Monday, November 19, 2012

10 Ciri-ciri Lelaki Idaman Wanita

 
 

hye hye hye semua!! zaty back now!! so.. untuk hari nie.. zaty nak share ngan anda semua dengan something yang amat menarik.. especially sangat menarik tok wanita-wanita yang sedang mencari pasangan hidup yang sesuai.. korang mestilah nak yang baik kan?? yang bertaqwa?? yang beriman?? dan sebagainya.. siapa nak suami yang punya sikap negatif kan?? but kite juga mesti ingat.. tak semua manusia dalam dunia nie perfect.. setiap orang mesti ada kekurangannya.. so jangan nak ingat diri korang perfect ya!! even korang kaya, cantik, lawa, handsome, HOT, pandai and sebagainya.. pasti korang ade kelemahannya sendiri..  so.. kite pown kena belajar cara menerima kelemahan seseorang..

orite! berbalik pada tajuk entry zaty pada hari ini.. iaitu 10 CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN WANITA.. hah?? menarikkan tajuk dia.. so pada hari nie zaty nak share ngan korang semua tentang artikel yang zaty baca.. yea lah.. umur zaty dah pown nak masuk 19 TAHUN pada tahun 2013.. so kenalah pikir pasal benda2 nie kan.. and start dari sekarang gak zaty dah mula berdoa agar dijodohkan dengan lelaki yang boleh MEMBIMBING, MENYAYANGI & MELINDUNGI zaty.. so.. mesti korang nak tahukan apakah ciri-cirinya kan.. actually.. artikel nie bukan sesuai khas untuk wanita sahaja.. lelaki jugak kena amik port jugak.. coz korang kena tahu apa yang wanita idamkan.. so korang boleh perbaiki diri korang untuk menjadi salah seorang JEJAKA IDAMAN WANITA.. so.. let's check it out!

10 CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN WANITA

  1. Lelaki Tulen
lelaki tulen bermaksud kita sebagai wanita perlulah mengetahui bahawa bakal pasangan hidup kita adalah LELAKI SEBENAR.. maksudnya dia mempunyai hanya sifat lelaki dan tidak termasuk sifat perempuan.. bukankah kita ada dengar banyak kes-kes di dada-dada akhbar yang menyatakan kes suami melakukan hubungan GAY.. so itulah yang dimaksudkan kita kena memastikan yang lelaki itu betul-betul tulen..
   
    2. Lelaki yang Berharga

lelaki yang berharga bermaksud.. kalau boleh kite sepatutnya mengelak dari memiliki pasangan yang ada sifat CEMBURU BUTA.. ini sangat bahaya.. menurut kajian.. kebanyakan lelaki yang mempunyai sifat cemburu buta ini mereka juga memiliki sifat PANAS BARAN.. so ini bahaya bukan?? coz sifat cemburu buta nie boleh menyebabkan amarah kita naik secara tiba-tiba adn tanpa usul periksa kita akan membuat sesuatu yang bahaya tanpa kita sedar..

   3. Lelaki yang Teguh Jiwa

lelaki yang teguh jiwa yalah lelaki yang sukar untuk mengalirkan air mata.. maksudnya.. takkan lah hal remeh temeh pown nak nangis.. tu maksudnya xkuat langsung.. lau perkara tu pown dia tak dapat nak bendung inikan dalam melindungi kita.. but segalanya boleh di ubah.. jika kita pandai mengubahnya.. 

4. Lelaki yang Sederhana

bermaksud seorang lelaki yang sentiasa merendah diri.. dan tidak sombong.. dia jugak tidak berlagak and menunjuk-nunjuk.. juz be a simple person..

5. Lelaki yang Cantik

setiap wanita hanya menganggap masuk lelaki yang cantik ialah lelaki yang handsome, bergaya and macho.. tapi sebenarnya, lelaki yang cantik ialah lelaki yang mempunyai kebersihan hati and sentiasa bertaqwa kepada allah.. 

6. Lelaki yang Berpendirian Teguh

lelaki berpendirian teguh ialah lelaki yang sentiasa pegang dengan prinsip hidup and sentiasa berpegang pada kata-katanya.. dia jugak sentiasa akan menunaikan janji-janjinya..

7. Lelaki yang Kemas dan Bersih

bermaksud bukan lelaki yang suka bergaya and buat pelbagai fesyen rambut yang pelik-pelik.. maksudnya di sini.. cukuplah sekadar dia bersih, berpakaian kemas and tidak selekeh.. dan sedap mata memandang.. yang paling penting.. pandai menjaga AURAT..

8. Lelaki yang Cerdik

bermaksud seorang lelaki yang tahu apa tanggungjawabnya.. and tahu apa keperluan wanita.. bukannya kita perlu cari lelaki yang pandai, ade ijazah and doktor sume tu.. cukuplah sekadar dia tahu menjaga kita, tahu tanggungjawabnya, tahu cara mendidik kita and tahu ISLAM..

9. Lelaki yang Mengasihi

hah!! semua wanita mestilah nak yang nie kan?? of coz la kan.. kita mestilah mahu seorang lelaki yang mengasihi kita.. terima baik buruk and kekurangan kita.. but kite pown kenalah menerima baik buruknya jugak kan

10. Lelaki yang Ceria

siapa tak nak lelaki yang ceria an? of coz nak.. menambahkan lagi keceriaan hidup kita..

hah!! so?? dapat pengajaran ta?? sama-samalah kita ambil ttahu dan pelajarinya k.. hope you enjoy it.. byee~ wassalam...

Sunday, November 18, 2012

Cuti Semester 1

 
 
 
 
hollllaaa!!! hye semua!! ape khabar semua?? korang sihat ta?? sume baik2 saje kan??? sorry.. lame tak coret2 kat sini.. mesti korang pelikkan?? dulu zaty la kaki coret2 nie.. sampai satu hari tu dua kali mesti nak tulis.. but now busy sikit.. sejak masuk kolej nie.. banyak assigmnents yang perlu di siapkan.. but now dah nak dekat dua minggu gak la zaty cuti semester 1.. actually dah nak dekat dua minggu dah zaty cuti semester.. but tak tahu la nape terase kemalasan nak tulis.. btw.. [pejam celik, pejam celik.. dah nak abes cuti and tak lame agy dah nak masuk semester 2.. wah!!! cepatnye mase berlalu.. so.. sebelum terlambat.. SELAMAT CUTI-CUTI TO ALL MY FRIENDS.. and.. SELAMAT KEMBALI KE KOLEJ ya.. okey lah.. sampai sini dulu.. daa~
 

Saturday, September 15, 2012

All About them..



hye hye hye!! hello alls~ wah!!! lame giler zaty tidak men-update ini blog.. rindu lak kat korang semua.. hee!! so?? korang ape khabar?? sihat ta?? hopefully sihat-sihat saje ya.. orite! di kesempatan ini zaty nak share ngan korang apekah makne KAWAN SEJATI.. kawan sejati nie bagi pendapat zaty ialah kawan yang always bersama kita dalam mengharungi suka duka.. susah senang bersama and always membantu dan memberi sokongan antara satu sama lain.. Alhamdulillah.. zaty rase zaty dah jumpe kawan sejati zaty..

mula-mula nak masuk kolej dulu, zaty sangat-sangat takut.. takut gak lau dapat roomates yang tak sekepala.. hari-hari berdoa agar dapat roomates yang sekepala.. but alhamdulillah.. doa zaty termakbul juga.. and zaty dapat ketiga2 roomates yang sekepala.. and bukan roomates jek.. zaty gak dapat rakan bilik depan yang sekepala.. xlupe gak ngan budak aras yang lain.. sume sekepala ngan zaty.. alhamdulillah.. aku sayang korang semua tau!!

orite! xpayah banyak cakap agy.. jom kite melakukan sesi kenal mengenal antara satu sama lain.. kite mulekan dengan my lovely roomates.. :)



Siti Fazilaton binti Sham Bokhari a.k.a Eton

ini roomates zaty.. dalam tiga-tiga orang zaty kenal dia dulu.. sesi perkenalan kami sangat SWEET! and orang suke dengar cara kami kenal.. kami kenal and rapat dulu before kami dapat tahu yang kami satu bilik.. hee!! tu la, kalau dua-dua mulut dah ramah.. baru kenal ary tu terus rapat.. macam dah kenal setahun.. zaty kenal dia time pendaftaran and tak sangka akhirnya kami satu bilik.. eton nie budak MELAKA.. bekas pelajar SEKOLAH TINGGI PEREMPUAN MELAKA ( STPM).. dia nie memang banyak cakap.. keje dia asyik membebel jek 24 jam macam MAK TIRI.. but dia sangat baik.. dia membebel demi kami jugak.. tanpa dia, confirm zaty xbangon pegi kuliah pagi-pagi.. tanpa dia confirm zaty jadi sangat malas.. coz dia always ingatkan zaty bab2 keje sekolah.. tanpa dia gerenti zaty akan terus-terus sakit.. coz bile zaty sakit, dialah yang xhenti2 jage and care sangat pasal zaty.. AKU SAYANG KAU SANGAT-SANGAT TON.. kau always layan kerenah aku yang macam budak-budak nie.. thankz a lot kawan!! :)

Salma Izzati binti Mazlan a.k.a Salma

ini roomates zaty yang kedua.. dia nie dari TERENGGANU.. sebab dia la i pandai KECEK GANU tau.. tau ta ape mane "kecek" uh?? that's mean cakap la sayang.. paling suke kacau dia time gayut ngan BF dia.. sampai BF dia pown leyh kenal zaty.. zaty suke usik dia, coz if dia marah.. segala bahasa terengganu telah terkeluar.. haahhaha.. and bile dia marah muke dia mesti KELAKAU.. hahhaha.. sorry darl.. terngumpat kau.. btw.. bile zaty struggle kuat sampai tengah malam.. mesti dia membebel... coz dia tanak zaty sakit.. thankz kawan!! coz amik berat pasal aku.. SAYANG KAU! :)

Chong Kah Ying a.k.a Karen

orite!! nie roomates zaty yang terakhir.. dia nie satu-satunya non-muslim dalam bilik zaty.. dia dari PAHANG.. dia nie straight A.. and jangan terkejut yang adik manis sorang nie sangat sangat sangat NAKAL! hee!! nakal giler.. sehari xkenakan zaty, memang xsah hidup dia.. aiyo!! dia nie comel sangat2!! suke usik pipi dia.. sentuh sikit dah merah.. hahhahaa.. suke tengok dia marah, terus muke tukau jadi merah.. and sape-sape kenakan dia, dia akan kenakan balik.. nampak ta di situ kenakalan dia?? hee! btw, dia selalu jadik cikgu zaty.. sayang kamu la adik! <3

orite!! selesai sudah cite pasal roomates zaty.. now pi pulak kepada roomates depan.. dia orang nie sangat la happy go lucky.. bagi kami, dua bilik tu kepunyaan kami.. maksudnya, bilik zaty bilik dia orang, bilik dia orang bilik zaty.. barang2 zaty and roomates ade kat bilik dia orang, barang2 dia orang pulak ade kat bilik zaty.. hahhahaa.. kelakar ta?? so, jom check it out mereka.. :)

Nur Syifa binti Mat Rasol a.k.a HG

orite! nie si roomate depan.. dia nie bekas pelajar SEKOLAH TEKNIK MELAKA... seorang yang tersangatlah happy.. dia juga pendengar yang setia.. lau ade masalah cakap jek ngan dia, dia selalu akan mendengar and memberi kate semangat.. sayang kau sangat-sangat syifa!


Siti Zulaika binti Abu Hassan a.k.a Siti

nie roomate depan no 2.. setiap gelagat dia akan wat orang sakit perut ketawa.. dia nie pown suke kenakan si Salma tu.. pasti sakit perut bile tengok gelagat dia orang.. dia ngan Syifa dikatakan kembar, coz muke dia orang memang ade iras-iras.. lau xpercaya korang pi la teliti.. dia seorang yang sangat baik.. lau zaty ade masalah, dia pasti tolong.. dia memang da BEST la.. sayang kau siti.. :)

Eiqa

hah!! nie bekas roomates siti and syifa.. dia ngan kita orang tak sampai sebulan pown.. pas uh dia dah pindah.. dia seorang yang sangat gila-gila and happy go lucky.. cantik tau orangnya.. seorang yang suke ketawa jek tau.. dia dari terengganu gak.. good luck eiqa!! sayang kau! :)

Ong Yun Jing a.k.a Ong

hah!! nie roomates depan yang terakhir.. seorang kanak-kanak yang sangat ceria.. hahaha.. nak tau nape panggil kanak2?? coz dia sangat comel.. tcaye giler dia dah 18 tahun.. ingat an budak Darjah 6 tadi.. huhuhu.. dia nie pown same gak perangai ngan si Karen uh.. kaki kacau.. nakal giler.. ade jek cara nak kenakan kami.. dia nie gak merangkap my cikgu no 2.. thankz a lot ong.. sayang u la..!

Siti, Ong and Eiqa..


ini ialah gambar kami berlapan.. nie merupakan gambar kenangan bersama Eiqa.. hari ini merupakan hari terakhir Eiqa di KMM.. yang trademark kami buat tu bukan trademark for "LOSER" k.. but itu trademark our kolej.. "LONDANG".. :)

orite!! that's all untuk kali nie.. ape yang zaty patut cakap.. hargailah kawan-kawan anda.. jangan disebabkan perkara kecil, kite bertelagah.. I LOVE MY FRIENDS~

Sunday, September 2, 2012

Thanks a lot Sys Yuyue..

hellow mellow my fellows!! wah!! lame bangat blog nie terbiar.. kesian kau blog.. ish2! inilah akibatnye kau dapat writer yang macam aku nie hah.. dulu dok sibuk nga SPM now dok sibuk ngan matriks lak.. apelah nasib kau blog.. hahahha.. okey! okey! okey!! sudah sudah lah dengan mukadimah merapik uh.. meyh kite terus kepada tajuk entry kite pade hari ini ya..
orite! tajuk entry pada hari ini berbunyi seperti ini.. " Thanks a lot Sys Yuyue".. okey! apekah maknenye?? hah!! meyh cek nak habaq na.. korang perasaAn ta yang my header dah bertukau wajah?? hah!! perasaAn ta?? cer tengok kat atas uh.. hah!! lawa ta?? hee!! saya suke! saya suke! saya suke!! thankz a lot for sys yuyue!! meyh kite kenal ngan sys yuyue yea.. :)

hah!! nielah gambar my kakak sayang agy mucuk, SYS YUYUE.. comel kan dia?? comel giler!! love u sys!! <3

hah!! dia gak yang telah men-design-kan header zaty tu.. thankz a lot sys.. tak tahu macam mane nak balas jase baik sys uh.. setelah setahun pakai header yang same.. akhirnye.. my header bertukar wajah.. thankz sangat-sangat sys.. love u sangat-sangat.. orite!! that's all for this entry.. jumpe nanti k.. daa~ salam..

Sunday, August 12, 2012

Rindu Terubat Akhirnya

hye hye hye!! hello mellow! cik zaty here! orite! actually sekarangkan dah bermula my cuti pertengahan semester.. so untuk hari pertama nie, disebabkan zaty sangat-sangat kebosanan.. zaty pown pergilah tempat keje lame zaty.. ape??? korang tak tau kew?? zaty kan bekas GURU TADIKA di TADIKA MONTESSORI ANAKKU cawangan KEM TERENDAK.. sangat best dapat jumpe anak-anak murid yang pernah menjadi penyeri hidup zaty sewaktu zaty berkhidmat di situ..
bermacam kerenah dapat zaty lihat.. memang satu hari nie dia orang ikut zaty jek.. wah!! sayang lagi yea korang ngan cikgu korang nie.. sangat terharu.. nampak jek zaty.. terus serbu.. bukan anak-anak aje yang serbu.. parents dia orang pown serbu sekali.. ngee!!! nakalnye parents dia orang.. hee!! btw.. sangat fun bersama dia orang.. xsangka.. pemergian zaty berat bagi dia orang.. and kedatangan zaty di sambut dengan riah sekali.. sangat sayang kat mereka sume.. so.. jomlah check it out ya.. :)

ini Year 4 students.. mereka bersama dengan teacher baru yang menggantikan zaty.. fokus yea my sayangs! nanti Teacher Mira marah tau.. :)

owh! puteri xfokus yea?? siap puteri.. teacher tak nak bagi coki-coki tau! >_<
peace yaw!! with Year 6 students.. love all of you..
with my beloved student.. Mohd Iqramsyah.. student paling smart di sini.. love u sayang.. :)
orite!! itu yang dapat di share wat mase nie.. nanti ingat nak pergi lagi.. pengetua pown cakap.. datang la sini lagi before zaty kembali ke Kolej nanti.. InsyaAllah teacher.. i will k.. k.. sampai sini saje dulu.. daa~ salam.
.



Saturday, August 11, 2012

Cuti Pertengahan Semester 1

hye hye hye!!! hello my sayangs sume!!! ape khabar?? i'm back!!! orite!! now nak umumkan.. yang zaty baru jek berjaya menjalani UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER 1.. ngee!! hello!! cik zaty oitt!! jangan nak happy sangat k.. baru jek abes jawab.. resultnye tak tahu agy.. auwcchh!! hopefully i get the best result.. AMIN!!!
orite!! so now sudah bermulanya my CUTI PERTENGAHAN SEMESTER 1.. bile dah xde keje nak di buat.. kite carilah keje an.. actually diwaktu cuti nie.. zaty nak usha blog2 orang.. so sape2 nak zaty usha, komen and follow blog dia.. sila tinggalkan di komen yea.. jangan tinggalkan kat tempat lain tau! konfem zaty xperasan.. lau tinggalkan kat komen, InsyaAllah zaty akan perasan and akan mengusha blog anda.. lau rajin, follow lah my blog k.. ngee!! <<< sempat mem-promote an diri.. wee!!
orite sayangs~ nanti-nanti tulis agy.. coz agak kepenatan dari pagi sampai petang gi shopping ngan my family.. perghh!! GILA KENTANG!! time bulan pose gi merayau.. but nak wat macam mane.. raya punye pasal an.. so.. bye semua.. salam..

Friday, August 3, 2012

Ready For UPS??


hye hye hye semua!! selamat kembali membaca ya.. hee!! wah!! sejak akhir-akhir nie rajinnye giler zaty update blog ya?? almaklumlah.. nak lepaskan stress yang menimbum.. lagi-lagi malam minggu nie.. memang tak lah! time for me and rakan-rakan yang lain to relax.. lagi pown.. now banyak assigmnet yang kena pakai type.. so, alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan.. jap2!! salah jek rase akunye peribahasa nie.. betul ta?? hee! :p

orite!! sedar tak sedar.. dah dua bulan pown zaty menjadi PELAJAR MATRIKULASI nie.. fuyoo!! tanpa ku sedair, next week zaty bakal menghadapi UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER.. really tak sedar cepat giler mase berlalu.. fuhh!! agak excited + teruja + gemuruh.. sume perasaan la ade.. memang cuak giler.. but bak kate senior.. be cool saje.. lau kite gelabah.. lagilah kite tak ingat satu benda.. so be cool jek.. so now zaty tengah cool la nie.. but jap agy lam kol 10.. dah start nak menelaah balik segala benda buku yang bersepah di katil and meja.. pheww!! dah macam tongkang sampah dah.. huhuhuhu..

so, jom check it out keadaanya~

orite!! ini adalah keadaan meja zaty ya.. ngee!! "KONON" rajin la uh.. ngee!! >bajet jap<

sedang mencari makne bi yang sangat-sangat susah.. ini adalah akibatnye, time sekolah dulu, cikgu bagi ayat-ayat susah beserta maksudnya, kite wat donno jek an.. hah!! AMBEK KO!! ayat dia lagi POWER!! so.. nasihat to juniors ku.. jangan abaikan bi!! :)

kadang-kadang tu.. bile stress.. macam nielah zaty jadi.. ish2! ingat leyh main-main ke masuk matriks nie.. walaupown zaty dapat PROGRAM DUA TAHUN.. but kite still xleyh rilex2 tau!! dia punye keje same jek banyak ngan sume..

orite! dah dua bulan pown zaty kat sini.. banyak suka duka telah berlaku.. mendapat markah paling tinggi dalam kelas.. apabila markah jatuh.. presentation group terbaik.. gurau senda ngan kawan-kawan serta pensyarah.. dan lain-lain lagi.. rakan kelas zaty selalu cakap, zaty penyeri kelas dia orang.. dengan mulut zaty yang bising uh, kelas jadi riuh rendah.. ye ke?? but hakikatnya, saya memang MULUT BISING.. hee!! so same yang ade ngan saya, pasti stress coz kena dengar saya membebel.. wee!! actually zaty dapat PROGRAM DUA TAHUN... almaklumlah.. result teruk.. so dapat lah dua tahun.. ingat dua tahun nie rilex kew?? semua orang cakap dua tahun nie rilex.. korang tak rase, leyh la cakap.. soalan kita orang pown korang tak leyh wat, ade hati nak berlagak.. blah la!! kita orang tak tidur agy, korang dah emmbuta.. so sape lagi rilex?? (tibe-tibe jek terluah segalanya.. hee! :p)

dalam program dua tahun nie.. zaty amik jurusan science modul 1.. di mana.. modul 1 nie merangkumi subjek KIMIA, BIOLOGY, FIZIK and MATHEMATICS.. and nak tahu ta?? sejak masuk matriks nie lah.. baru zaty tahu empat subjek nie senang.. Alhamdulillah.. zaty dapat memahami segalanya.. walaupown belajar dalam tempoh mase yang agak singkat, zaty rase, zaty dah ready nak jawab UPS.. amin.. subjek math actually gabungan antara subjek mathematics modern and additional math time form 4 and form 5.. dulu, bagi zaty, add math TERSANGATLAH SUSAH.. but now.. Alhamdulillah.. it's easy.. and zaty memang score subjek math.. hopefully, i can score all the subject in my UPS next week..

orite korang! tangan pown dah memenat menulis.. and tak sabar nak start cuti hari jumaat depan.. miss my mom n dad also my family so much!! and tak sabar nak raya gak.. wish me good luck k.. and hope u enjoy reading my entry.. thankz coz reading.. ahlan Wasallan.. Selamat Berpuasa.. Salam~

Tuesday, July 31, 2012

She Is The Best!


hye hye hye!! sawadikap!! ape khabar semua?? ade baik ta?? hopefully korang semua always sihat k.. actually ary nie zaty nak sangat-sangat share sumthing ngan korang tau! and zaty tak sabar nak share ngan korang semua.. zaty bersyukur sangat-sangat coz dapat roomate yang baik giler macam dia.. walaupown kekadang uh, dia menyakitkan aty orang.. but she is the best!! zaty sayang kat dia sangat-sangat.. and bersyukur sangat-sangat coz dapat roomate macam dia.. alhamdulillah...

me with ETON.. <3

hah!! nie lah dia.. insan yang zaty cakap tadi.. namenye adalah SITI FAZILATON a.k.a ETON.. dia nie pown dari melaka gak.. zaty rase pernah cite dulu an.. zaty terharu giler ngan dia malam tadi.. malam tadi zaty tak berape sihat.. balik jek kelas petang semalam, zaty rase nak pitam and pening-pening.. pas uh dia suh zaty baring, zaty pown baring.. zaty kate kat dia, zaty panas and zaty nak mandi,.. dia suh zaty rileks lu.. coz zaty nampak lemah.. zaty pown baring la.. pas uh.. dia tolong kipaskan zaty tanpa henti.. lame gak la zaty rase.. perghhhh!!! giler terharu ngan kau ton!! walaupown aku always marah kau.. bile aku stress jek aku marah kau.. but kau sanggup bersusah payah demi aku?? perghh!! nielah namenye kawan sejati tau!!! terharu giler ngan sikap kau la eton!

lagi satu.. bile time nak sahur.. mesti dia siapkan makanan untuk aku.. perghh!! aku beruntung dapat roomate macam kau.. aku sayang kau sangat-sangat.. to all my readers.. hargailah kawan anda yang ade tau.. walaupown dia banyak menyakitkan hati dia.. dalam diam.. dia banyak wat kebaikan untuk kita.. renung-renungkan.. :)

wassalam~

Monday, July 30, 2012

UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER!!


hye hye hye!! i'm back!! wah!!! giler bersarang blog aku nie.. kesian kau blog.. nie lah akibatnye bile dapat tuan yang always busy memanjang.. peace!! hehehe.. actually now tersangatlah busy.. nie pown dapatlah on9 coz keje dah siap.. padehal esok ade trial exam for subjek kimia nie.. sempat agy cek meng-Online ya.. hehhee.. saje.. nak release tension.. actually, next week zaty bakal menghadapi "THE REAL EXAM" in matriks.. wah!! gempak seyh!! baru dua bulan study kat sini, dah kena berhadapan ngan exam besar.. aiyo!!

minggu depan, pada hari selasa sampailah khamis (7.8.2012-9.8.2012).. akan berlangsungnya UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER bagi pelajar matrik.. fuyooo!!! giler takut plus gemuruh.. but tak de la cuak sangat, coz before exam, kami memang dah menjalani trial exam.. perghh!! macam exam PMR n SPM dulu lak yea.. siap ade trial exam agy.. hee!! ape-ape pown.. wish me good luck k..

kehidupan matriks nie tak jauh bezanya ngan kehidupan sekolah.. ialah.. matriks nie pown under KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.. so tak de la tak dapat pick up.. wat mase nie ALHAMDULILLAH.. zaty dapat pick up semuanya.. walaupown KIMIA agak susah sikit nak pick up coz xberape paham, but my quiz is still better.. alhamdulliallh.. matepelajaran math kat matriks nie memang same giler ngan matepelajaran add math yang aku xsuke dulu.. same giler! juz lagi susah la.. lau dulu pelajar log... kat sini up agy.. belajar pasal LN.. but.. sejak masuk matriks, baru zaty sedar, bahawasanya.. ADD MATH ITU SANGAT SENANG.. hee!! alhamdulillah.. zaty jadi sukekan add math... and tady ade presentation bio tau.. phewitt!! kumpuan zaty kena puji.. coz our group is the best!! ngee!! bangga jap.. tahniah to all of u coz dah dapat wat yang terbaik! so hopefully you all can do the best for your ups.. amin.. okey la sume.. dah ngantok sudah.. nanti sambong agy k.. bye.. wish me good luck ya.. salam..

Friday, July 13, 2012

Cik Nur Izzati Back???


hye hye hye semua!!!! orite!!!! cik nur izzati is hereeee!!!! wah!!!! lame giler zaty biarkan blog nie terbiar macam tu jek.. almaklum la.. sekarang nie telah pun bergelar sebagai pelajar kolej.. so banyak keje nak kena buat.. oleh itu, blog nie pown akan terbiar begitu saje.. lagi-lagi tak lame lagi zaty bakal menghadapi UJIAN PERTENGAH SEMESTER pada 7.8.2012 ini.. wah!!! lagi beberape minggu aje.. tak sampai pown sebulan.. haish!! hopefully i can do it..

sebelum menghadapi ujian nanti, kami pelajar-pelajar matrik akan ade QUIZ @ ujian mengejut pada setiap dua minggu.. wat mase nie, Alhamdulillah.. zaty dapat skor sume subjek, juz kimia jek kadang-kadang okey, kadang-kadang sangkut.. hehehhe.. btw!! zaty akan berusaha agar zaty dapat 4 FLAT dalam ujian pertama zaty di matrik nie.. ialah, zaty nak balas kegagalan yang lepas.. hehehhe..

oppssss!!! lupe nak cakap.. actually, sudah pown SEBULAN LEBIH zaty menjadi seorang pelajar matrik.. zaty dapat KOLEJ MATRIKULASI MELAKA.. Alhamdulillah.. walaupun result zaty tak de la hebat sangat and orang kate tak sampai target la.. zaty bersyukur dapat menyambungkan pelajaran di sini.. and zaty akan berusaha untuk mencapai kejayaan di sini.. kat sini sangat best!! dalam mase sebulan, zaty dapat ramai giler kawan.. tak kirelah dari praktikum zaty, modul yang same ngan zaty or dari jurusan-jurusan lain.. lagi best, zaty dapat rakan bilik yang sanagat-sangat sengal and sekepala ngan zaty.. hee!!! memang gempak abes.. and bilik kami paling gempak bile malam-malam apabila kami bergabung ngan bilik depan.. orite! satu bilik ade 4 orang.. zaty dapat rromate dari melaka seorang, terengganu seorang and pahang seorang.. yang pahang tu berbangsa cina. but giler best!! dia sangat nakal.. hari-hari suke kenakan orang.. ade mase nanti zaty story morry pasal rakan-rakan bilik zaty ya..

ape-ape pown.. zaty dapat jurusan sains, modul 1.. modul 1 nie macam pure science la.. dia terdiri daripada fizik, kimia and biology.. emamng agak stress coz assignment banyak.. but i enjoy do it.. coz zaty nak tebus kegaglan lepas.. so mestilah jadi rajin an?? hee!! terlebiyh sudah.. okeylah korang.. nak sambung wat tugasan kimia uh.. mampus sok Dr. Yasin nak check.. hee!! k semua.. daa~ doakan zaty berjaya ya.. bye.. salam.. :)


Wednesday, May 2, 2012

Anak Kampung

hye hye hye!! wazzzuuupppp!!! zaty kembali!! wah!!! lame tak meng-update blog.. almaklumlah.. busy sikit.. so.. untuk hari ini.. zaty nak share somethinglah.. tentang satu lagu yang zaty tak tahu la baru ke ta.. but pertama kali dengar terus terpikat! auww!!! first time dengar, ingat an lagu indon, rupe-rupenye lagu orang Sabahlah.. hah!!! mesti ade sape2 dah tau an.. okey.. tajuk lagu dia ANAK KAMPUNG.. penyanyi asalnya JIMMY PALIKAT and now lagu tu telah digabungkan dgn penyanyi asal and ONE NATION EMCEE.. okey! tanak cakap banyak.. nak suh korang layan jek lagu nie k.. :)



Lirik Lagu Tanak Kampung (Versi Melayu) -Jimmy Palikat

Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapatku berikan
Engkau memang cantik memang tidak padan
Dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli kuli sahaja memang tidak padan
Cantik ba kau itu banyak yg tergoda
Lagi orang kaya

Chorus
Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada ada pun bapa punya
Apalagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta
Aku lepaskan kau
sama orang lain

Engkau masih muda cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiada guna

(ulang Chorus)
hah!!! best ta?? lawak an?? bile tengok-tengok kat youtube.. ade pulak balasnnye dari seorang pompuan.. jom dengar jom..


so.. sampai sini saje.. selamat mendengar and enjoy it ya!! :)
salam..

Friday, April 20, 2012

Di Bawah Lindungan Kaabah

hye hye hye semua!! hah!! okey ta perubahan dalam blog zaty nie?? zaty tak de la pandai sangat, but hopefully korang selesa bertapak di blog zaty nie yea.. hah!! untuk petang nie zaty nak share ngan korang tentang satu filem yang di tayangkan di ASTRO BOX OFFICE untuk bulan APRIL ini.. cerita nie best jugak la.. sedih pun sedih gak la.. pasal percintaan dua darjat.. rugi lau tak tengok.. memang best.. zaty nangis-nangis mase ending cite nie.. amboiiiii~ feeling abes kau jahhhh!


okey! tanak banyak cakap lagi.. jom kite bace sinopsis dia yea.. :)

SINOPSIS DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH

Hamid dan Zainab berasal dari dua keluarga dengan tingkat sosial yang berbeda. Hamid yang berasal dari keluarga miskin dan Zainab yang berasal dari keluarga kaya. Hamid mendapat dukungan dana sekolah dari ayah Zainab, dan ibunya bekerja di rumah keluarga Zainab. Pertemuan demi pertemuan membuat keduanya saling jatuh cinta. Namun karena perbedaan ekonomi dan dibayangi hutang budi, Ibu Hamid melarang anaknya untuk berharap memiliki Zainab.

Mereka berbagi impian yang sama, yaitu tiap manusia bebas untuk mencintai dan dicintai. Cobaan demi cobaanpun mendera keduanya. Dari Hamid yang diusir dari kampung karena dituduh secara tidak sopan menyentuh Zainab, sampai Zainab yang akan dijodohkan orang tuanya kepada anak seorang saudagar yang kaya. Sampai akhirnya Hamid dan Zainab merasa harapannya untuk bisa saling memiliki pupus. Namun, Hamid dan Zainab tetap setia dengan janji untuk mempertahankan cintanya.

Hamid yang terusir dari kampungnya akhirnya berkelana hingga sampai ke Mekkah dan menunaikan ibadah haji seperti yang diimpikannya. Sedangkan Zainab tetap menjaga dengan setia janjinya, untuk menikah hanya dengan orang yang ia cintai...

the end~


hah!!! dah bace kew??? best ta?? lau nak tahu cerita selanjutnya, pergi la tengok sendiri k.. but ending cite nie.. Hamid and Zainab meninggal dunia akibat tidak dapat menahan kerinduan antara satu sama lain.. owhhh~ so sweet kan?? so jangan ketinggalan k.. daa~ salam..