Saturday, January 1, 2011

Disney Waktu Rehat


Assalamualaikum..
hyep2 semua!!!
ape khabar??
sihat ta??
okey... untuk kali nie..
zaty nak share ngan k0rang..
cerita kegemaran zaty..
hah!! nak tau ape ta??
tu.. yang tajuk entry zaty kali nie..
hikhikhikhik..
Disney Waktu Rehat!!
hah!! zaty paling suke neng0k cite nie tau!!
best sangat-sangat..
dia 0rang semuanye semp0i..
ade gak rase teringin nak sek0lah macam tuk..
huhuhuhu..
btw.. walau pape p0wn..
SKK SMK GHAFAR BABA MELAKA..
is the BEST SCHOOL!!
^_^

okey..
Disney Waktu Rehat ialah siri komedi pertama Disney Channel Malaysia dalam bahasa Melayu yang diadaptasikan daripada siri sitkom Disney Channel Itali Quelli dell'intervallo. Siri ini mula disiarkan pada 31 Ogos 2010 sebagai siaran episod pertama pada hari kemerdekaan. Tempat sekolah dinamakan SMK Jalan Mas.
so.. jom kite berkenalan dengan pelakon-pelakonnye k.. ^_^


pelakon-pelakon

Juzzthin sebagai Syed
Nurul Elfira Loy sebagai Amirah
Mohd Addy Ashraf sebagai Faiz
Tengku Lizahdiyana sebagai Luna
Sharon Alaina sebagai Kieran
Nicholas Cheng sebagai Wai Chong
Sweet sebagai Julie
Amirul Hakim sebagai Anding
Cindy Alisha sebagai Mindy
Muhammad Nasirddin sebagai Suresh
Nik Muhammad Farith Adruce sebagai Johan


watak-watak

Johan - Seorang kapten sukan sekolah (Kapten pasukan rumah merah dan Kapten pasukan bola sepak). Kawan baiknya Syed dan Faiz. Mempunyai adik yang bernama Julie. Dia sangat takut akan lipas. Meminati sukan bola sepak.

Syed - Suka melawak. Berkawan baik dengan Johan dan Faiz. Sangat meminati Amirah. Sering mengusik rakan - rakan dan bergurau. Dan juga dia sangat suka Rap.

Luna - Penyelesai masalah kawannya. Dia adalah kawan baik Amirah. Cinta akan alam sekitar. Mempunyai peminat rahsia, iaitu Anding.

Julie - Suka menbaca buku Romantik dan meminati Nick Jonas. Dia adalah adik Johan dan seorang pustakawan. Dia juga suka tolang kawannya dan baik hati pada abangnya.

Faiz - Dia suka menari Shuffle. Dia seorang yang cool. Kawan baiknya Johan dan Syed. Sentiasa ada apa yang mereka perlukan.

Amirah - Dia sangat cantik dan dia adalah seorang wanita cantik dan popular di sekolah. Dia bersama kawan baiknya Luna sebab dia berkawan sejak dulu. Ramai orang meminatinya. Syed juga menyukai dia.

Kieran - Dia seorang tomboi. Dia adalah kawan baik Mindy. Dia juga suka taekwondo. Dia bersama Johan kerana atas pasukan aktiviti sukan.

Mindy - Dia adalah seorang penulis surat khabar sekolah dan kawan baiknya ialah Kieran. Dia selalu menggunakan kamera dan rekodernya untuk merakam pelbagai perkara terkini dan sensasi yang berlaku di sekolahnya, dia dianggap sebagai wanita paparazzi yang kuat bergosip. Hasil liputan laporannya akan diletakkan dalam ruangan tabloid yang bertajuk "Berita Panas" dalam akhbar sekolahnya.

Anding - Dia seorang lelaki pandai dan rajin menolong kawannya. Tapi dia sering diusik oleh Syed dan dia cintakan Luna. Dia di gelarkan profesor dan kawan baiknya ialah Wai Chong.

Suresh - Dia suka makanan kecuail dia tak suka roti canai. Ayahnya seorang tukang masak. Satu - satunya pelajar lelaki dalam kelas Ekonomi Rumah Tangga. Dan dia juga suka masak macam Ayahnya.

Wai chong - Seorang ketua pengawas yang mematuhi peraturan sekolah. Dia juga cukup tegas ketika berhadapan dengan pelajar yang kurang patuh dalam peraturan sekolah. Dia bersama kawan baiknya Anding.

Pengetua - Dia adalah pengetua di SM Jalan Mas.




hah!! dalam banyak-banyak watak..
zaty paling suke watak LUNA..
dia sempoi jek..
and sentiasa ade jalan tok selesaikan masalah-masalah kawan-kawannya..
dia juga pencinta alam tau..
so teringin sangat-sangat nak jumpe ngan dia..
huhuhuhu..
okey.. that' all..
byee~