Saturday, April 14, 2012

Ciri-ciri Wanita Solehah

hye hye hye semua!! ape khabar?? cik zaty kembali lagi.. okey! actually ary nie agak bosan sikit.. and tak tahu nak wat pe, so tadi saje jek gi terjah kat laman web I LUV ISLAM.. so terbaca la satu artikel pasal CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH.. perghh!!! sangat-sangat tergamam.. terpikir gak.. adakah aku nie ciri-ciri wanita yang solehah?? haisshhh!!! aku ade kelemahannya rupanya.. so harus perbaiki melalui ape pengetahuan yang kita tau.. so.. untuk kali nie.. zaty nak share ngan korang.. ape yang zaty dapat mengenai ciri-ciri wanita solehah nie.. semua nie dipetik dari laman web i luv islam.. check it out yunk! :)



Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga


okey semua! dah bace?? hah?? amacam?? korang rase korang ade tergolong ta?? hee! so, zaty dah share ngan korang.. marilah kite perbaikinya yea.. okey semua! sampai sini jek.. salam..

p/s: artikel ini dipetik dari iluvislam..