Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru Cik Nur Izzati

 
 
hye hye hye! i'm here! okey! first of all, nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru termasuklah pensyarah-pensyarah.. terima kasih kerana mendidik anak bangsa kita sehingga mereka berjaya.. okey! macam yang korang semua tahu.. hari ini ialah hari cikgu kan? so nak share something ngan korang la.. seriously! zaty rase nak nangis terguling-guling tau! bukan ape.. zaty nie sepatutnya xlayak pun nak terima hadiah mereka.. coz zaty nie bukannya OFFICIALLY TEACHER pown.. but giler terharu.. mereka bagi gak hadiah.. wah!!! nak nangis!!! :(

bak kate ibu zaty.. zaty memang xlayak nak terima hadiah dari mereka.. but mereka bagi gak.. lagi terharu.. time mereka KISS pipi zaty.. terasa diri ini sangat bermakna bagi dia orang.. memang terharu giler.. hanya Allah jek tahu bertapa zaty berterima kasih dengan mereka... mereka adalah segala-galanya.. thankz coz bagi peluang teacher mencuba ya.. kalaulah dia orang tu dah besar.. leyh bace ngan lancar.. dah lame zaty tulis satu entry khas untuk dia orang.. hee! but nak buat macam mane.. anak-anak murid zaty semuanya 4 tahun hingga  tahun jek.. hehehe.. so nak share ngan korang time-time dekat tadika tadi.. :)


 photo d256f890-767b-4709-892b-34b180b43e64.jpg bersama salah seorang anak murid zaty.. :) 


 photo 5e18851c-85f7-4397-819c-c7ad4089ac9c.jpg

okey.. ini adalah hadiah yang zaty terima.. :)


terima kasih kerana membaca.. :) wassalam...

Wednesday, May 15, 2013

Selamat Hari Guru

 
hye hye hye semua! okey! berbalik pada title.. " SELAMAT HARI GURU" .. sedar ta sedar.. dah nak dekat hari guru kan.. and tahun nie merupakan tahun kedua zaty akan sambut hari guru sebagai seorang GURU.. walaupun hanya lah PART TIME TECHER... but i enjoy it so much! banyak pengalaman yang zaty dapat kumpul.. and thankz sangat-sangat tu Cik Pengetua.. coz sudi bagi zaty peluang..

teringat dulu time kecik-kecik.. zaman sekolah2 dulu..punyalah nakal.. keras kepala sume ade.. cikgu ajar a.. kite jawab B.. haiyo.. cikgu suh buat keje.. xnak buat.. bile dah bergelar cikgu nie.. walaupun PART TIME.. baru kite sedar pengorbanan yang cikgu-cikgu kita lakukan nie.. banyak kerenah dan ragam kita kena tahan demi mendidik anak murid kita sehingga mereka faham ape yang mereka pelajari.. zaty nak share sikit la kat semua.. zaty jadi part time teacher kat TADIKA ANAKKU PERTIWI ( MONTESSORI) dekat kawasan rumah zaty gak.. zaty menjaga kanak-kanak yang berumur 4 tahun... faham2 la.. jonfem banyak kerenah kan..

kanak-kanak yang berusia 4 tahun nie.. dia orang ade ragam dia org sendiri.. dia orang masih budak2.. so kepala otak dia orang ingat nak fun jek. sampai zaty pown pening.. tengah dok ngajar.. dia orang masih main2 agy.. sangat memeningkan kepala.. mule-mule mengajar dulu.. memang blur abes.. and tak dapat nak handle.. alhamdulillah.. lame-lame zaty dapat handlenya.. and have fun with them... zaty sangat seronok dengan pekerjaan seorang guru.. bile anak murid kita dapat ingat and faham ape yang kita pelajari.. kita akan rase puas.. dan sangat gembira.. and zaty yakin.. itulah ape yang cikgu2 zaty rase kan... terima kasih cikgu.. jasamu tetap ku kenang sampai bile-bile.. i love u so much cikgu!



 photo e0b3bc56-5c17-43f9-8846-f684858cc1b8.jpg
 
  ini ialah salah seorang anak murid zaty.. love them so much!

okey! sampai sini saje entry untuk kali ini.. terima kasih kerana membaca.. have a nice day.. thankz.. bye salam.. :)
 

Friday, May 10, 2013

Rabiatul Adawiyah

 
 
hye hye hye! wah! dah lame tak update blog kan? kesian blog zaty nie dah berhabuk dah kan.. so.. hari nie.. zaty ade bace satu kisah.. mengenai RABIATUL ADAWIYAH.. actually.. pada mulanya.. nama zaty bukan NUR IZZATI but RABIATUL ADAWIYAH.. but sebab ape ntah zaty xtahu.. nama zaty telah ditetapkan sebagai NUR IZZATI.. and RABIATUL ADAWIYAH tu adik zaty yang ketiga dapat.. bila tengok dalam buku maksud nama-nama.. nama RABIATUL ADAWIYAH bermaksud SERIKANDI TERCINTA.. so tadi saje-saje la check up kat google.. jumpe la kisah.. so nak kongsikan dengan semua.. selamat membaca.. :)
RABIATUL ADAWIYAH
 
Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup. Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja. Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohon doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa. Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi. Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.
 
 Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayangi-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya). [Surah al-A'raf, ayat 201]