Monday, February 4, 2013

Cantik Di Mata Allah

 
 
 
 
 
hye semua??? apa khabar?? bersyukur ke hadrat ilahi coz till now kita masih dapat bernafas.. Alhamdulillah.. okey kawan2 sekalian.. pada hari ini bukan BERLAGAK nak jadi islamik.. but wanna to share with all of you tentang apa yang baru di baca oleh zaty tadi.. so harap korang dapat menerimanya dengan hati yang terbuka k.. first of all, seperti tajuk entry zaty pada hari ini iaitu 'CANTIK DI MATA ALLAH'.. artikel nie zaty baca tadi dan ia terdapat di dalam sebuah majalah.. cewahh!! ayat! okey.. Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksuh, " sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu sebagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan ( dan beramah mesra antara satu sama yang lain). sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuaanya (akan keadaan dan amalan kamu)." ( ayat al-Hujurat : ayat 13). ayat ini jelas menyatakan bahawa sebaik-baik umat di dunia ini adalah mereka yang memiliki iman dan taqwa yang teguh bukannya kecantikan luaran yang menjadi penilaian..
 
walhal jika diperhatikan sekarang majoriti manusia lebih mementingkan kecantikan yang dimiliki oleh mereka.. bangga dengan apa yang mereka ada sehingga mereka menggunakan kecantikan yang mereka miliki untuk menjatuhkan orang yang lemah.. come on la! apa yang korang buat tu boleh masuk SYURGA ke?? zaty tau zaty tak layak nak cakap benda nie.. but sebagai pengetahuan kita.. jangan ingat kita nie hebat, coz kita bukan pencipta.. apa yang kita miliki now, kita juz dipinjamkan oleh Allah.. satu hari InsyaAllah Allah akan mengambilnya semula.. so jangan rase bangga dengan apa yang kita ada k..
 
kita mesti rase rendah diri.. walaupun kita ada segala-galanya. jangan sesekali bersikap bongkak coz sikap bongkak adalah sikap orang yang munafik.. sahabat-sahabat yang dikasihi Allah.. Nabi Muhammad saw pernah menjelaskan bahawa " Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras, keturunan dan harta benda kamu, akan tetapi Allah melihat kepada keimanan dan amalan-amalan kamu".. cantik di mata Allah lebih penting dari cantik di mata manusia..
 
antara ciri-ciri cantik di mata Allah s.w.t. ialah :-
 
1. Tutur Bicara yang Sopan
 
seseorang yang mempunyai kecantikan rohani begitu unggul akan terpancar bukan sahaja dari raut wajahnya malah tutur bicaranya yang sopan. dia sentiasa tenang melontarkan butir kata dan pendapat dengan nada penuh kelembutan.. setiap apa yang dikatakan mendatangkan manfaat yang boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja yang mendengarnya. ia diperoleh melalui ilmu pengetahuan yang diperolehi dari orang-orang yang berilmu dan beriman..
 
 
2. Bermaaf-maafan Setiap Hari
 
 
kita hanyalah manusia biasa yang tidak akan lekang daripada melakukan kesilapan walaupun sedikit, kadang-kadang perkara kecil juga boleh menyebabkan prang lain terasa hati dan marah pada kita.. oleh itu, kita sebaiknya bermaaf-maafan walaupun kesalahan itu kecil kite seharusnya meinta maaf... ingatlah Allah akan mendatangkan kebaikan kepada sesiapa yang memaafkan insan lain.. bahkan Nabi Muhammad boleh memaafkan umatnya, inikan kita yang xde apa2 tidak memaafkan orang.. so jadikanlah amalan maaf-maafan sebagai amalan seharian kita.. :)
 
3. Menjaga Kebersihan Hati
 
 seseorang yang memiliki peribadi yang cantik mampu menghilangkan penyakit hati dalam dirinya seperti rasa marah, benci, dendam, sombong, bongkak, hipokrit, bangga diri dan sebagainya.. jiwa kita akan rasa tenang jika sifat mazmumah ini dihindarkan dari hati kita.. tanamkanlah rasa syukur, rendah diri dan kasih sayang yang menebal sesama manusia kerana kita akan meniti hari-hari yang diredhai Allah..
 
 
orite semua.. that's all for entry kali.. hope kita same2 dapat ikhtibar ya.. okey.. bye semua.. Assalamualaikum.. :)