Sunday, April 17, 2011

Phineas And Ferb


Assalamualaikum warahmatuallahiwabarokatuh.. dan Salam Sejahtera..


ecehwahh!!!! macam nak berucap pulak kan?? huhuhu.. perhatian!! cik zaty nak berucap nie!! agaggaga.. dah dah dah! mula dah loyar buruk aku tu.. ahakzz~ okey! kite jangan buang mase k.. kite balik kepada tajuk entry zaty pada hari ini.. iaitu.. PHINEAS AND FERB.. wah!! apekah ini? actually.. ini ialah kartun favourite zaty!! hahaahhaha.. memang tak boleh miss la.. hari hari zati tengok tau!! memang zaty takkan terlepas.. walaupun episod dia ade gak berulang.. zaty tetap tengok.. hah! hebat tak zaty? hee~ jangan ingat zaty tak tengok kartun tau.. antara banyak-banyak kartun.. phineas and ferb la zaty takkan tinggal tau.. :)

My Favourite Cartoon..



okey! kartun nie mengisahkan dua orang adik beradik yang sangat sangat kreatif.. and dia orang gak sangat sangat berbakat membina benda-benda pelik seperti roller coaster yang besar, bola bowling yang terbesar, kolam air panas yang canggih, spa yang canggih dan pelbgai lagi.. sangat seronok tengok dua beradik nie mencipta benda-benda yang sangat sangat mengagumkan..


dia orang ada seorang kaka yang bernama CANDACE.. Candace nie berniat nak tangkap adik-adiknya.. dia ingin menunjukkan hasil ciptaan adik-adiknya kepada ibunya... dia ingin sangat adik-adiknya menerima hukuman di atas apa yang mereka cipta.. tapi sayang.. setiap kali dia ingin memanggil ibunya, pasti hasil ciptaan tersebut akan musnah atau hilang.. memang seronok giler tengok aksi si candace nie tau.. candace juga memendam perasaan terhadap JEREMY.. tetapi dia selalu dihalang oleh adik perempuan jeremy.. yang inginkan hanya dia sahaja perempuan yang berada di dalah hati jeremy..


dia orang juga membela seekor platypus yang bernama PERRY THE PLATYPUS.. actually perry nie seorang EJEN RAHSIA.. yang ditugaskan untuk menggagalkan semua rancangan jahat PROFESOR DOOF.. kesian gak dekat profesor doof nie.. semua rancangan dia mesti gagal.. hahahhah..


and yang terakhir zaty suke pasal kartun nie ialah lagu-lagu di dalam kartun ini.. semua best-best seyh.. setiap kali rancangan, mesti ade satu lagu.. and lagu dia.. perghh!! best seyh.. and antara penyanyi dalam lagu tu semuanya terdiiri daripada pelakon-pelakon HIGH SCHOOL MUSICAL.. best seyh rugi tak dengar tau.. :)


okey semua.. sampai sini jewp untuk kali nie.. hah!! jangan lupa saksikan kartun nie tau.. setiap hari pada pukul 9 pagi hinggan 10 pagi dan ulangannya 6 petang hingga 7 petang.. selamat menonton.. :)


Bye and wassalam..

No comments:

Post a Comment