Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Friday, October 15, 2010

William Shakespeare



salam..
hell0w mell0w..
wah!! begitu lame zaty tak update bl0g ekh..
almaklum la.. busy ngan my final exam..
huhuhuhu..
btw..
ary nie tetiba jek zaty teringin nak tau..
sape dia william shakespeare nie..
0key.. dia adelah sasterawan yang cukup terkenal dengan sajak2 dia, ayat2 dia n juga pementasan teater..
semuanya best2 la..


nak tau ta nape zaty leyh berminat ngan william nie??
actually..
tady zaty neng0k cite pasl william nie..
straight zaty berminat n mengkaji semua poems2 dia..
0key..
kat bawah nie zaty tulis dia punye biografi..


WILLIAM SHAKESPEARE~

William Shakespeare (4 Mei 1564 – 3 Mei 1616 mengikut takwim Gregory) adalah penulis bahasa Inggeris yang teragung, pengarang kesusasteraan Barat yang amat terkenal, serta dramatis yang terkemuka di dunia.

Shakespeare mengarang 38 buah drama, termasuk beberapa buah drama kecil yang mungkin dikarang bersama orang lain, serta 154 buah puisi soneta dan tiga atau empat buah puisi panjang. Beliau dipercayai menghasilkan kebanyakan daripada karyanya antara 1586 dan 1616. Zaman Pembaharuan British sering kali dikenali sebagai "Tempoh Shakespeare".

Ramai orang telah mengagak kehidupan Shakespeare dan memperdebatkan adakah orang lain yang mengarangkan sebahagian ataupun kesemua drama dan puisinya.

Shakespeare dilahirkan di Henley Street, Stratford-upon-Avon, Warwickshire, England kepada John Shakespeare, seorang ahli badan perundangan bandar serta pekedai yang berjaya. Ibunya, Mary Arden, adalah anak perempuan orang atasan.

Sebagai anak pegawai bandar yang terkenal, Shakespeare berhak menuntut di Sekolah Menengah King Edward VI di Stratford tengah yang memberikan pendidikan intensif untuk tatabahasa dan kesusasteraan Latin. Buku teks yang digunakan di sekolah Stratford pernah disebut secara tidak langsung dalam dramanya.

Sewaktu berumur 18, Shakespeare berkahwin dengan Anne Hathaway yang berumur 26 pada 28 November 1582 di Temple Grafton, berdekatan dengan Stratford. Upacara perkahwinannya dikendalikan secara tergesa-gesa, barangkali kerana Anne telah tiga bulan berhamil.


Arca Shakespeare di makamnya yang ditempah pada tahun 1623 oleh menantu serta anak perempuannya. Arca ini dianggapi sebagai salah satu daripada penggambaran wajah Shakespeare yang paling tepat oleh orang yang mengenalinya.Selepas perkahwinannya, rekod sejarah Shakespeare tidak menunjukkan apa-apa kegiatan sehingga beliau termuncul dalam dunia teater London. Oleh sebab itu, hujung 1580-an telah digelarkan sebagai "Tahun-tahun Kehilangan" Shakespeare kerana ketiadaan bukti mengenai di mananya beliau berada ataupun kenapa beliau meninggalkan Stratford untuk pemergian ke London.

Pada 26 Mei 1583, anak sulung Shakespeare, Susannah, dibaptiskan di Stratford. Kemudian pada 2 Februari 1585, anak kembarnya, Hamnet (lelaki) dan Judith (perempuan) dibaptiskan.

Sewaktu Shakespeare berumur tiga puluh empat, beliau sudah menjadi orang kaya dan dianggap sebagai penulis drama Inggeris yang terkemuka. Sepuluh tahun kemudian, beliau sudah menciptakan karya-karya yang besar seperti Julius Caesar, Hamlet, ''Othello, Macbeth dan Raja Lear. Dalam jangka waktu dua puluh tahun itu, Shakespeare tinggal di London, sedangkan isterinya tetap tinggal di Stratford.

Dua drama Shakespeare yang terakhir dikarang pada tahun 1613. Selepas itu, beliau mungkin bersara di Stratford dan mati pada tahun 1616 sewaktu berumur 52. Shakespeare dikebumikan di Gereja Holy Trinity di Stratford-upon-Avon. Pada hari ini, tiada keturunannya yang masih hidup.

Reputasi Shakespeare telah bertambah secara pesat sejak kematiannya. Semasa Shakespeare hidup dan untuk tempoh yang tidak lama selepas kematiannya, beliau dipandang tinggi tetapi tidak dianggapi sebagai penyair yang terunggul. Walaupun namanya dimasukkan ke dalam senarai penyair terkemuka sezaman, kalibernya tidak dianggapi setanding dengan Edmund Spenser ataupun Philip Sidney.

Selepas pengharaman teater oleh Interregum (tempoh tanpa raja) dari 1642 sehingga 1660, syarikat-syarikat teater Zaman Pengembalian yang baru menjadikan dramatis-dramatis generasi terdahulu sebagai tulang belakang persembahan mereka, khususnya pasangan dramatis Beaumont dan Fletcher yang paling popular, serta juga Ben Jonson dan Shakespeare. Sebagaimana dengan dramatis yang lain, drama-drama Shakespeare dipadankan oleh dramatis-dramatis Zaman Pengembalian tanpa belas kasihan dan rasa hormat yang hanya berkembang kemudian.

Mulai dari hujung abad ke-17, Shakespeare bermula dianggapi sebagai dramatis bahasa Inggeris yang teragung (serta sebagai penyair tetapi pada tahap yang tidak begitu tinggi). Pada mula-mulanya, reputasi Shakespeare tertimbul sebagai penyair drama yang hanya dikaji dari halaman bercetak sahaja dan bukannya dalam teater.

Sesampai awal abad ke-19, Shakespeare bermula mencapai kemuncak kemasyhuran dan kepopularannya. Pengkritik romantis seperti Samuel Taylor Coleridge kemudian mempertingkatkan kekaguman kepada Shakespeare sehingga tahap penyanjungan, selaras dengan rasa hormat Romantis kepada penyair yang setanding dengan rasa hormat kepada nabi dan genius. Dari pertengahan hingga hujung abad ke-19, Shakespeare juga menjadi lambang kebanggaan British serta "tanda penyatuan" untuk seluruh Empayar British, sebagaimana yang tertulis oleh Thomas Carlyle pada tahun 1841.

Sesampai abad ke-21, drama Shakespeare masih dipersembahkan dengan lebih kerap berbanding dramatis yang lain, dan sering dipadankan untuk filem. Bagaimanapun, rasa hormat ini juga telah membangkitkan reaksi yang negatif. Kini, kebanyakan penduduk dalam dunia pertuturan bahasa Inggeris menghadapi karya Shakespeare di sekolah pada umur yang muda, dan secara umumnya, karya Shakespeare telah seringnya dikaitkan dengan kebosanan dan ketidakfahaman.

okey..

that's all f0r t0day..

daa~

salam..


Wednesday, September 22, 2010

Kenikmatan Syurga.. Tidak Mampu Digambarkan Oleh Manusia..

salam...
hye semua..
apa khabar??
sihat ta??
h0pe pembaca-pembaca yang zatie sayangi nie always sihat k.. ^_^
0key... zatie nie jenis suke membaca au..
and then zatie suke cari inf0-inf0 dalam internet nie..
maklum la.. zaman serba m0den an..
maklumat di ujung jari saje..
cewahh~
so.. sedang asyik mencari-cari pengetahuan baru...
zatie terbaca la satu tajuk info nie..
mengenai syurga..
wah!! zatie memang suka baca bab-bab nie au..
c0z nanti benda-benda cam nie la yang selalu membuatkan zatie selalu ingin dekat ngan ALLAH S.WT...
okey.. tanpa membuang masa lagi.. marilah zatie copy an apa yang zatie per0lehi ini dengan anda semua k.. ^_^


selamat membaca semua.. ^_^
.............................................................

Oleh Ustaz Zahazan Mohamed
2010/05/23


LELAKI yang soleh akan hidup selamanya dalam syurga bersama bidadari dan isteri yang dinikahinya ketika hidup di dunia. Wanita yang tidak pernah berkahwin ketika hayatnya di dunia pula akan disandingkan dengan lelaki ahli syurga dengan segala kepuasan dan keredaan hati. Pertanyaan saya, adakah lelaki boleh hidup bersama wanita yang gagal dijadikan isterinya ketika di dunia biarpun wanita itu sudah menjadi isteri lelaki lain ketika di dunia?

Hamba Allah

SYURGA adalah perkara ghaib yang wajib diimani. Manusia tidak mampu menggambarkan keadaan sebenar syurga. Syurga adalah kemuncak nikmat yang kekal abadi. Sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT berfirman: “Aku sudah menyediakan buat hamba-hamba-Ku yang soleh sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata (keindahannya), tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati seseorang.

Cubalah kamu baca (dalam surah Sajdah ayat 17 yang bermaksud): Maka tidak ada seorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (daripada segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan (sewaktu di dunia).”

Semua yang kita hajati dan disangka besar di dunia dulu sehingga perkara yang dirasakan mustahil, adalah kecil sebenarnya apabila memperoleh syurga Allah SWT. Segala yang terlintas di fikiran kita, nescaya Allah SWT akan tunaikan.
Dalam surah Ali Imran ayat 14, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan dan anak pinak, harta benda yang banyak berpikul-pikul daripada emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang ternak serta kebun tanaman.

Semua itu kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah SWT ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga). Katakanlah (wahai Muhammad), mahukah supaya aku khabar kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan yang suci bersih, serta beroleh keredaan daripada Allah SWT. Dan (ingatlah), Allah SWT sentiasa melihat akan hamba-hamba-Nya.”
Sebuah hadis daripada al-Mughirah bin Syu’bah daripada Rasulullah SAW bersabda: Nabi Musa bertanya kepada Tuhan: “Bagaimanakah serendah-rendah tingkatan ahli syurga?” Tuhan menjawab: “Iaitu seseorang lelaki yang datang sesudah semua ahli syurga dimasukkan ke dalam syurga, kemudian diperintahkan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga.”

Lelaki itu berkata: “Wahai Tuhan, bagaimana hendak masuk, sedangkan manusia semuanya sudah mengambil tempat mereka masing-masing dan sudah memperoleh bahagian mereka?” Allah berfirman: “Puaskah kamu kalau kamu diberi seluas kerajaan seorang raja di dunia?” Lelaki itu menjawab: “Wahai Tuhan, saya puas.”
Tuhan berfirman lagi: “Bagimu seluas itu dan ditambah lagi sepertinya, ditambah lagi sepertinya dan tambah lagi sepertinya, ditambah lagi sepertinya.” Ketika Tuhan berkata yang kelima kalinya, lelaki itu berkata: “Wahai Tuhan, saya puas.” Tuhan berfirman: “Inilah bagimu dan 10 kali daripada itu dan segala yang disenangi nafsu dan matamu.” Lelaki itu berkata: “Wahai Tuhan, saya puas.”

Sebuah hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya serendah-rendah salah seorang daripada kamu dalam syurga iaitu dikatakan kepadanya: Sebutkanlah keinginanmu? Lalu ia menyebutkan keinginanmu. Maka ia menyebutkan keinginannya dan menghitung-hitung keinginannya.” Kemudian ditanya kepadanya: “Apakah kamu sudah menyebutkan semua keinginanmu?” Dia menjawab: “Ya, sudah.” Kemudian dikatakan kepadanya: “Sesungguhnya bagimu apa yang kamu inginkan dan ditambah lagi sepadan dengannya.”

Allah SWT juga mencabut perasaan hasad dengki yang sering menjadi punca permusuhan di kalangan manusia dan jin sebagai mana firman-Nya dalam surah al-Araf ayat 43 yang bermaksud: “Dan Kami cabutkan segala perasaan dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam syurga) yang mengalir beberapa sungai.”

Begitu juga firman-Nya dalam surah al-Hijr ayat 46 dan 47: “(Mereka disambut oleh malaikat dengan berkata) : Silakan masuk ke dalam (syurga) dengan selamat sejahtera serta beroleh aman. Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka daripada perasaan hasad dengki sehingga jadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadapan di atas pelamin masing-masing.” Wallahualam.

....................

okey semua..

inilah sedikit info yang dapat zatie berkongsi ngan anda semua..

renung-renungkan.. dan selamat beramal..

hehee..

salam..

Monday, August 30, 2010

Jerawat!

salam..
hell0w mell0w..
0key.. ary nie zatie nak k0ngsi ngan anda satu tips tentang JERAWAT..
hehehe..
ramai tanya zatie.. ape petua zatie.. ape rahsia zatie.. apa pr0duk zatie pakai.. mahal ke pr0duk uh.. perghh.. pelbagai pers0alan yang mereka tanya..
actually zatie un tak tau kenapa and mengapa zatie tade jerawat kat muka..
ALHAMDULLILLAH.. dah Allah bagi cam tu kan.. heheee..
zatie tak pakai ape-ape pr0duk un.. zatie juz pakai pr0duk SHURAH jek..
tak mahal p0wn kan dibandingkan dengan LOREAL sume tu kan..
produk biase jek..
yang penting kita kena pandai jaga muka kita..
jangan campurkan tuala lap badan untuk lap muka..
zatie asing-asingkan.. heehe..
0key.. untuk pengetahuan semua pembaca-pembaca zatie..
zatie k0ngsikan dengan anda satu inf0 yang zatie dapat nie..
hope info yang zatie kongsikan ini dapat membantu anda mengurangkan jerawat di muka..
^_^
selamat membaca.. ^_^




Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.

Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.

Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.

Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.

Punca jerawat.

•Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an.
•Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
•Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
•Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
•Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
•Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.

Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.

•Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.
•Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
•Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
•Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
•Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
•Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
•Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
•Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
•Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
•Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
•Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
•Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.
Rawatan Untuk Jerawat.

•Liang yang tersumbat harus dibuka.

Ini boleh dilakukan menggunakan produk jerawat yang membuang lapisan atas kulit seperti asid glycolic (alpha hydroxy acid-AHA, poly hydroxy acid-PHA), asid salisilik, benzoyl peroxide atau retinoic acid dalam bentuk cream, lotion atau cecair. Selain menghilangkan jerawat baru, penggunaan berterusan boleh juga menghilangkan parut jerawat.


•Mengurangkan jangkitan bakteria.

Menggunakan ubat antibiotik "oral" seperti tetracycline, erythromycin boleh dimulakan jika rawatan awal untuk jerawat tidak berkesan. Antibiotik dalam bentuk krim seperti clindamycin dan lain-lain boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat yang baru jika tidak mahu menggunakan ubat antibiotik "oral".


•Mengurangkan aktiviti kelenjar minyak.

Ia boleh juga dilakukan untuk merawat jerawat. Ubat yang biasa digunakan adalah seperti estrogen dan isotretinoin.

.....................................................

okey.. sampai sini saje.. hope info-info yang zatie share ngan anda semua dapat membantu anda mengurangkan jerawat..

selamat mencuba.. ^_^

salam..

daa~

Tuesday, August 17, 2010

Apakah Itu Cinta

salam..
hari nie zatie nak k0ngsi ngan pembaca-pembaca semua tentang s0mething..
selamat membaca k..
^_^


Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.


Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.


Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.


Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.


Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.


Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.


Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.


Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.


Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.


Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.


Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.


Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.


Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.


Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?


Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri


"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"
- Saidina Umar Ibnul Khattab - >