Friday, May 10, 2013

Rabiatul Adawiyah

 
 
hye hye hye! wah! dah lame tak update blog kan? kesian blog zaty nie dah berhabuk dah kan.. so.. hari nie.. zaty ade bace satu kisah.. mengenai RABIATUL ADAWIYAH.. actually.. pada mulanya.. nama zaty bukan NUR IZZATI but RABIATUL ADAWIYAH.. but sebab ape ntah zaty xtahu.. nama zaty telah ditetapkan sebagai NUR IZZATI.. and RABIATUL ADAWIYAH tu adik zaty yang ketiga dapat.. bila tengok dalam buku maksud nama-nama.. nama RABIATUL ADAWIYAH bermaksud SERIKANDI TERCINTA.. so tadi saje-saje la check up kat google.. jumpe la kisah.. so nak kongsikan dengan semua.. selamat membaca.. :)
RABIATUL ADAWIYAH
 
Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup. Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja. Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohon doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa. Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi. Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.
 
 Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayangi-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya). [Surah al-A'raf, ayat 201]  
 

Saturday, March 16, 2013

Siti Nur Zulaiqha..


hye hye hye all! apa khabar?? dah lama kan tak mencoret-coret kat sini.. almaklumlah.. makin busy now.. banyak assignment yang kena hantar.. lagi pown dah nak dekat final exam for semester dua dah.. result for my mid sem.. alhamdulillah.. walaupown tidak memberangsangkan.. tetap berpuas hati.. so doakan for my final exam this April ya..

orite2! balik pada tajuk entry zaty pada hari ini.. SITI NUR ZULAIQHA.. siapakh dia??? she is my BEST FRIEND!! sayang iqha sangat-sangat tau.. jujur zaty cakap.. zaty tak sanggup nak berpisah ngan iqha.. zaty tahu.. selama nie zaty banyak buat salah ngan iqha.. zaty tak pernah nak hargai iqha.. bila susah jek cari iqha.. beli senang wat donno.. zaty nyesal layan iqha ngan buruk.. tapi.. hakikatnya.. iqha adalah mutiara.. zaty sayang iqha sangat-sangat tau.. sejak dari sekolah dulu sampailah masuk matrik.. bila zaty sakit ke ape.. iqha la orang pertama volunteer diri tok jaga and bawak zaty ke klinik.. iqha sanggup abaikan pelajaran and skip kelas.. serta kena marah ngan cikgu @ pensyarah demi zaty.. semata-mata nak temankan zaty ke klinik.. zaty buta tak tahu menilai mutiara and pasir.. maafkan zaty iqha.. apa yang zaty harap.. persahabatan kita akan kekal sampai hujung nyawa.. kalau boleh kat akhirat pown kita still berkawan iqha..

iqha!! you're the best among the best!! jaga diri tau belajar kat sana.. jangan lupakan zaty and kawan-kawan dekat sini.. zaty tahu iqha akan berjaya kat sana! i'm proud coz got a friend like you.. good luck dear!! i love u so much!!!


okey! that's all for today.. selamat membaca.. daa~ salam.. :)

Monday, February 4, 2013

Cantik Di Mata Allah

 
 
 
 
 
hye semua??? apa khabar?? bersyukur ke hadrat ilahi coz till now kita masih dapat bernafas.. Alhamdulillah.. okey kawan2 sekalian.. pada hari ini bukan BERLAGAK nak jadi islamik.. but wanna to share with all of you tentang apa yang baru di baca oleh zaty tadi.. so harap korang dapat menerimanya dengan hati yang terbuka k.. first of all, seperti tajuk entry zaty pada hari ini iaitu 'CANTIK DI MATA ALLAH'.. artikel nie zaty baca tadi dan ia terdapat di dalam sebuah majalah.. cewahh!! ayat! okey.. Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksuh, " sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu sebagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan ( dan beramah mesra antara satu sama yang lain). sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuaanya (akan keadaan dan amalan kamu)." ( ayat al-Hujurat : ayat 13). ayat ini jelas menyatakan bahawa sebaik-baik umat di dunia ini adalah mereka yang memiliki iman dan taqwa yang teguh bukannya kecantikan luaran yang menjadi penilaian..
 
walhal jika diperhatikan sekarang majoriti manusia lebih mementingkan kecantikan yang dimiliki oleh mereka.. bangga dengan apa yang mereka ada sehingga mereka menggunakan kecantikan yang mereka miliki untuk menjatuhkan orang yang lemah.. come on la! apa yang korang buat tu boleh masuk SYURGA ke?? zaty tau zaty tak layak nak cakap benda nie.. but sebagai pengetahuan kita.. jangan ingat kita nie hebat, coz kita bukan pencipta.. apa yang kita miliki now, kita juz dipinjamkan oleh Allah.. satu hari InsyaAllah Allah akan mengambilnya semula.. so jangan rase bangga dengan apa yang kita ada k..
 
kita mesti rase rendah diri.. walaupun kita ada segala-galanya. jangan sesekali bersikap bongkak coz sikap bongkak adalah sikap orang yang munafik.. sahabat-sahabat yang dikasihi Allah.. Nabi Muhammad saw pernah menjelaskan bahawa " Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras, keturunan dan harta benda kamu, akan tetapi Allah melihat kepada keimanan dan amalan-amalan kamu".. cantik di mata Allah lebih penting dari cantik di mata manusia..
 
antara ciri-ciri cantik di mata Allah s.w.t. ialah :-
 
1. Tutur Bicara yang Sopan
 
seseorang yang mempunyai kecantikan rohani begitu unggul akan terpancar bukan sahaja dari raut wajahnya malah tutur bicaranya yang sopan. dia sentiasa tenang melontarkan butir kata dan pendapat dengan nada penuh kelembutan.. setiap apa yang dikatakan mendatangkan manfaat yang boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja yang mendengarnya. ia diperoleh melalui ilmu pengetahuan yang diperolehi dari orang-orang yang berilmu dan beriman..
 
 
2. Bermaaf-maafan Setiap Hari
 
 
kita hanyalah manusia biasa yang tidak akan lekang daripada melakukan kesilapan walaupun sedikit, kadang-kadang perkara kecil juga boleh menyebabkan prang lain terasa hati dan marah pada kita.. oleh itu, kita sebaiknya bermaaf-maafan walaupun kesalahan itu kecil kite seharusnya meinta maaf... ingatlah Allah akan mendatangkan kebaikan kepada sesiapa yang memaafkan insan lain.. bahkan Nabi Muhammad boleh memaafkan umatnya, inikan kita yang xde apa2 tidak memaafkan orang.. so jadikanlah amalan maaf-maafan sebagai amalan seharian kita.. :)
 
3. Menjaga Kebersihan Hati
 
 seseorang yang memiliki peribadi yang cantik mampu menghilangkan penyakit hati dalam dirinya seperti rasa marah, benci, dendam, sombong, bongkak, hipokrit, bangga diri dan sebagainya.. jiwa kita akan rasa tenang jika sifat mazmumah ini dihindarkan dari hati kita.. tanamkanlah rasa syukur, rendah diri dan kasih sayang yang menebal sesama manusia kerana kita akan meniti hari-hari yang diredhai Allah..
 
 
orite semua.. that's all for entry kali.. hope kita same2 dapat ikhtibar ya.. okey.. bye semua.. Assalamualaikum.. :)