Wednesday, February 5, 2014

Migrain





hye hye hye semua! i'm back!! wah!!! lame gile tak update blog nie.. dah bersawang dah.. orite! tak nak bazir mase lagi.. kite berbalik pada tajuk entry kita pada hari ini.. iaitu MIGRAIN.. mesti korang pernah dengar kan??? migrain ialah penyakit yang melibatkan kepala.. punca-punca sakit ini ialah disebabkan oleh vasodilasi (pembesaran dari pembuluh-pembuluh darah) yang menyebabkan pelepasan dari kimia-kimia dari serat-serat syaraf yang melingkar (menggulung) sekeliling arteri-arteri besar dari otak. Pembesaran dari pembuluh-pembuluh darah ini meregangkan syaraf-syaraf yang melingkar sekeliling mereka dan menyebabkan syaraf-syaraf melepaskan kimia-kimia. Kimia-kimia ini menyebabkan peradangan, nyeri, dan pembesaran yang lebih jauh dari arteri. Pembesaran yang meningkat dari arteri-arteri memperbesar nyeri.

that's why la biase kite dengar orang cakap yang pesakit migrain nie tak boleh makan coklat, tak boleh makan or minum benda yang berkafien.. kerana benda-benda ini mengandungi bahan kimia yang boleh mengakibatkan migrain.. nak dijadikan cerita, saya juga seorang pesakit migrain.. memang saya akui, sekali sakit nie kena saya rase macam nak hempas kepala pun ade.. but beware k! kepada semua pesakit migrain, jangan sesekali anda menghempas kepala anda.. ini bukan boleh mengakibatkan anda hanya mempunyai migrain, kemungkinan kanser pun boleh ade akibat kecederaan di kepala.. nasihat ini juga diingatkan kepada saya juga.. 

saya mengalami penyakit ini sejak saya di Tingkatan 3 lagi... and sejak itu, bermacam-macam cara saya cuba untuk menghilangkan sakit nie.. but masih tak hilang gak.. sampailah ade doktor cakap dengan saya... " Migrain nie tiada ubatnya, hanya kitalah yang dapat mengubatnya.. doktor-doktor hanya membantu dan memberikan kita ubat tahan sakit".. doktor tu jugak cakap, sebagai pesakit kite kena tahu ape yang menyebabkan migrain.. adakah sebab kite minum kafein, adekah sebab kite makan banyak sangat coklat and adekah sebab stress... bile di buat kajian, punca saya mengalami migrain ialah akibat tekanan yang tinggi.. so, if kite dah tahu kenapa kite sakit kepala.. try cuba elakkan.. ia sangat berkesan..

kepada semua pesakit yang mengalami migrain.. try cara nie.. cuba cari benda yang menyebabkan korang sakit kepala.. and try avoid.. gerenti rase sakit tu akan berkurang.. try la.. saya dh cube.. and ia amat berkesan... bile saya tak pikir ape masalah yang saya hadapi.. Alhamdulillah.. saya kurang rase kesakitan itu, walaupun kadang-kadang terase gak.. but boleh la dari sakit hari-hari.. 

kepada korang yang tak mengalami migrain and if kawan, roomates, housemates, rakan sekerja or family anda yang mengalami sakit nie.. try faham mereka.. bagi mereka semangat untuk bertahan.. bukan buat tak tahu.. malah buat mereka bertambah sakit.. bantulah mereka.. korang tak rase sakit yang mereka alami.. kalau korang rase, mesti korang paham.. saya bersyukur kerana org sekeliling saya always membantu saya sekiranya saya mengalaminya... Alhamdulillah...

kepada yang mengalami tak kira ape jua penyakit sama ade demam, selesema or ape2 jea la.. janganlah merungut.. bersabarlah.. Allah nak menguji kita.. and nak kite dekatkan diri kita dengan dia.. 

orite! that's all untuk entry kali nie.. hope korang enjoy ya.. wassalam..

Monday, November 11, 2013

Isteriku Romantik




holllaaaa!!  wah!!! my blog bertukar wajah!! yeeeppiiiieee!! but sorry la.. tak segempak blog korang.. ape-ape pown.. welcome to my blog yang tak seberapa nie.. hehehehehe.. orite! actually entry pada hari ini bukan berkenaan dengan blog dah bertukar wajah.. but berkenaan dengan novel.. hah! hari nie zaty nak share ngan korang pasal satu novel.. nak kate novel baru beli tak lah kot.. dah berbulan berada di tangan and dah khatam pun membacanya.. kiranya.. novel nie baru gak kat pasaran.. and ramai gak tak tahu.. coz zaty telah pun buat kajian di kolej zaty.. di mana.. zaty telah interview si kaki novel di kolej tu.. and dia orang tak tahu pun pasal kewujudan novel nie.. so! meyh nak cite meyh.. 

before zaty cerita panjang lebar.. so better zaty share dengaan korang pasal sinopsis novel nie k.. lupa nak cakap.. novel nie di tulis oleh AZALEA ESHAL.. selamat membaca.. :) 

SINOPSIS ISTERIKU ROMANTIK..

lkatan kasih sayang yang utuh antara anak dan ayah kian terhapus sejak ayahnya mengahwini wanita lain. Hal ini membuatkan kehidupan Aisyah Nasuha teruji. Di mana dia mahu mencari kekuatan untuk berdiri semula? Dirinya tidak kuat. Namun dugaan tidak terus berhenti di situ. Dia terus diduga apabila ibunya yang disayangi menjadi tidak siuman selepas ayahnya berkahwin baru. Dia harus bersabar dengan segala yang berlaku. Pada masa sama, dia begitu menyukai seorang lelaki sejak zaman persekolahannya yang dipanggil, M. Kadang-kadang dia berfikir sendirian.Adakah ini cinta monyet yang sering orang katakan? Cinta monyet tidak akan kekal. Benarkah tidak akan jadi cinta sejati? Hati dan perasaan Aisyah Nasuha terus diduga. Muncul dua orang lelaki serentak dalam hidupnya, Mikail Islam dan Adi Putra. Aisyah Nasuha berubah selepas menjalani kehidupan sebagai seorang isteri. Semakin romantik selepas berkahwin. Tetapi siapakah lelaki yang bertuah itu?
"M, aku akan berkahwin tak lama lagi. Biarpun kita tidak bersatu dalam hayat ini, aku tetap akan ingat kau dalam doaku. Aku doakan kau turut bahagia dengan pilihan hatimu." - Aisyah Nasuha

"Berapa kali terima kasih la Aisyah ni? Masih tak tahu ke kasih Aisyah tu dah lama Adi approve." - Adi Putra

"Kenapa sekarang baru aku rasa gila bayang sedangkan masa Aisyah mengorat aku dulu, tak ada pulak berperasaan begini." - Mikail Islam


hah!! dah bace?? ape komen korang?? nak tahu seterusnya??? opsss!! belilah sendiri.. huhuhuhu.. kalau zaty cerita kang.. lingkuplah penulis novel ini.. heeehhe.. ape pown.. novel nie memang best!!! and pada pandangan zaty.. novel ini amat sesuai kepada bakal-bakal isteri or dah pun jadi isteri.. coz banyak nasihat dititipkan di dalam novel ini untuk dijadikan panduan kepada kita sebagai kaum hawa yang merupakan isteri kepada kaum adam.. so.. jangan lupa baca k.. sangat best.. selamat membaca... :)

orite semua! tha's all for this entry.. enjoy it.. wassalam.. 





Sunday, November 10, 2013

Love You Mr Arrogant


 
 
 
 
hye hye semua!! holla!! ape khabar??? sihat ta?? okey.. hari nie tak nak cakap banyak.. juz nak share something jek.. korang tengok tajuk entry and gambar mesti korang dah tahu kan.. jangan menjerit sudah.. hahahaha.. ya ya ya.. saya tahu cerita ini sangat popular sekarang nie.. walaupown dah habis pown pada hari khamis yang lepas.. still tercari-cari mana nak download cerita nie kan..

okey! nak dijadikan cerita.. hari u adalah update status kat FB kate nak download cerita nie.. ramai gak dok tanya.. mane nak download.. so today.. i will share it with u.. rasenye ade yang dah tahu nie.. actually zaty download cerita nie dekat laman web PEREKA CERITA.. so.. kalau rajin.. korang boleh lah follow dia okey.. nie link dia :- http://www.perekacerita.com/ .. 

okey.. bagi sesiapa yang nak download drama love you mr arrogant nie.. korang boleh terus pergi ke:- http://www.perekacerita.com/2013/09/love-you-mr-arrogant.html# .. kalau korang nak senang.. pergilah kat zippy share.. kalau nak laju.. pegi la kat hotfile.. but tu kena bayar la.. hehhee.. orite! enjoy watching k.. bagi sesiapa yang tak pernah tengok.. try la tengok.. novel dia best, cerita lagi best.. just dia ubah sikit-sikit jek... kredit to Pereka Cerita.. thankz coz sudi share pasal download nie.. tak de la terlepas nak tengok walaupown stay kat hostel.. thankz ya!

orite! that's all for today.. hope u enjoy it.. daaa~